SHAH ALAM - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa peluang rakyat untuk bertanya perkara benar semakin terhad, malah mengakibatkan individu itu ditimpa masalah.    

Bekas Perdana Menteri itu berkata, insiden seperti yang terjadi kepada produser filem, David Teo tidak pernah berlaku pada era pemerintahannya, mahupun zaman pentadbiran perdana menteri terdahulu. 

Menurutnya, perkara seperti itu hanya berlaku pada zaman pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ramai yang membenci pemerintahannya. 

"Tak pernah berlaku dahulu dan tak pernah berlaku kepada saya dan perdana menteri yang lain sebelum daripada saya. 

"Ia berlaku hanya di zaman Najib, kerana semua orang benci terhadap pemerintahannya, tetapi apabila mereka bercakap, mereka akan hadapi masalah," katanya secara langsung dalam temu bual 'Hangpa Tanya, #ChedetJawab' yang dibuat secara langsung di laman sosial Facebook beliau,  semalam. 

Pada Rabu lalu, Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) kecoh selepas pelawak, Sulaiman Yassin atau Mat Over menampar David di depan Najib. 

David tidak puas hati cara moderator, Datuk Rosyam Nor mengendalikan majlis dan berlaku sedikit ketegangan antara David dan Rosyam sebelum Mat Over muncul, dan menampar David.

Kata Mahathir, kebanyakan media, termasuk surat khabar dan stesen televisyen kini ditapis sehingga tidak ada berita lagi.  

"Sebab itu bila ada peluang untuk mereka bercakap, mereka cuba dan inilah kesan. Inilah hasil daripada percubaan untuk bercakap benda yang benar. Untuk bertanya soalan pun tak boleh, kena pukul," katanya. 

Menurut beliau, insiden itu juga memalukan negara di seluruh dunia.

"Saya tak tahulah Mat Over ini siapa, tetapi sepatutnya selepas dia lempang itu dipisahkan. Tapi saya nampak ramai orang bersorak. Ini memalukan kita di seluruh dunia, lebih-lebih lagi perkara ini berlaku di depan perdana menteri.  

"Biarpun ada cara berdamai, tapi benda sudah berlaku. Kalau dia (Najib) berani, buka kepada semua orang. Kita nak tengok, orang takut lempang atau tidak," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN).
  • SHAH ALAM - Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa adalah satu pembaziran sekiranya graduan terlatih terutama dalam bidang profesional terpaksa menjual nasi lemak sebagai pekerjaan.
  • PUTRAJAYA - Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuat permohonan rasmi untuk melawat Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, semalam.
  • PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup bersumpah menjunjung al-Quran bagi membuktikan beliau tidak terlibat dengan krisis kehakiman 1988 yang menyaksikan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.
  • PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai negara-negara Islam untuk bertemu Donald Trump bagi mendesak menarik balik keputusan Amerika Syarikat (AS) yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.