KAJANG - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunaikan solat Tarawih pada Ramadan pertama bersama jirannya di Country Height, malam ini.

Menerusi Instagramnya, Ahmad Zahid duduk di saf pertama sambil mendengar tazkirah.

"Alhamdullilah dapat menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih 20 rakaat bersama jiran di Country Height malam Ramadan pertama dengan imam khas dari Makkah Sheikh Sharef Al-Makki. Semoga ALLAH mengabulkan doa dan menerima segala amalan kita,"

Status berkenaan mendapat lebih 2,000 'like' dari netizen.

Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 5,073 pada PRU14.

Beliau yang merupakan penyandang kerusi itu menewaskan Pakhrurrazi Arshad mewakili PKR dan calon Pas, Ata Abdul Muniem Hasan Adli.

Kemenangan itu menyaksikan Ahmad Zahid berjaya mempertahankan kerusi parlimen itu selama enam penggal berturut-turut sejak 1995.