SIBU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan  mesyuarat Penyelarasan Pembinaan Sekolah-sekolah daif di Sarawak di sebuah hotel di sini malam ini.

Mesyuarat turut disertai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, timbalannya Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, dan lain-lain menteri kabinet Sarawak.

Pesawat yang membawa Ahmad Zahid untuk lawatan kerja dua harinya ke Sarawak, tiba di lapangan terbang Antarabangsa Sibu pada kira-kira 6.20 petang tadi.

Esok, beliau yang mempunyai jadual padat, dijangka dibawa meninjau empat sekolah di sekitar kawasan ini.

Beliau dijangka mengadakan persidangan media di lapangan terbang antarabangsa Sibu, sejurus sebelum berlepas. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Kehakiman Jepun Yoko Kamikawa di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Umat Islam negara ini perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan mencari titik persamaan demi memastikan syiar Islam terus subur di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • SHAH ALAM - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melepaskan 2,300 peserta Aweta Antartica Charity Run 2018, di Kumpulan Media Karangkraf pagi ini.
  • PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan fokus kepada lapan aspek dalam melaksanakan 25 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan untuk kementerian itu pada tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Dalam Negeri Sudan Mejar Jeneral (Polis) Dr Hamid Mohamed Mannan di pejabatnya di bangunan Perdana Putra di sini.