MELAKA – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendahului senarai 1,047 penerima darjah, bintang dan pingat kebesaran Negeri Melaka 2017 bersempena Hari Jadi Ke-79 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, esok (13 Oktober).

Wan Junaidi, yang merupakan Anggota Parlimen Santubong di Sarawak ialah antara 12 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Penerima D.G.S.M yang lain antaranya ialah Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka Datuk Md Yunos Husin; Exco Penerangan, Komunikasi dan Koperasi Melaka Datuk Latif Tamby Chik; Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Naib Pengerusi MCA Melaka, Datuk Soon Tian Szu; ahli perniagaan Tan Sri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir; Pengarah Urusan Kumpulan Magna Prima Berhad Datuk Rahadian Mahmud Mohamed Khalil; Pengarah PDG Property Datuk Gwee Yew Kiat; dan D.G.S.M (Kehormat) Pengarah Eksekutif EOSH Properties Sdn Bhd Ng Kim Leng.

Wan Junaidi akan menerima darjah itu bersama-sama 215 penerima pada istiadat penganugerahan sesi pertama Sabtu ini manakala sesi kedua membabitkan 432 penerima dijadual pada 4 November dan sesi ketiga membabitkan 400 penerima dijadual pada  5 November.

Seramai  30 orang menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) membawa gelaran Datuk Wira antaranya Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim; Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka, Datuk Ismail Othman; Ketua Setiausaha  Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ab Ghaffar A. Tambi; Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Mohammad Mentek.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka Datuk Wahab Ab Latip; Pegawai Kewangan Negeri Melaka Datuk Roslan Ibrahim: Ketua Setiausaha Sulit Pejabat Perdana Menteri, Datuk Iskandar Mohd Kaus; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Zainal Hussin; Ketua Protokol dan Istiadat Jabatan Ketua Menteri Melaka, Datuk AS Khamis.

Pengurus Besar Yayasan Melaka, Datuk Zaini Mohd Nor; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad, Tan Sri Azman Mokhtar; Presiden dan Pengarah Eksekutif Edra Power Holding Sdn Bhd, Mejar Datuk Mark William Ling Lee Meng; dan Penasihat North Frontier Sdn Bhd, Ling Kah Chok.

Seramai 11 orang dianugerah Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk antaranya Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Jalil Hassan; Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Saiful Azly Kamaruddin; Doktor pakar Kardiologi, Dr Akmal Hakim Arshad; dan Pengarah Urusan Kumpulan MyWorld Holdings, Dr Tan Hang Ming.

Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk pula menyaksikan 121 penerima tahun ini antaranya isteri Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datin Halimah Baba; Ketua Pengarah, Jabatan Akib Malaysia Azemi Abdul Aziz; Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Baharin Idris; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Maslina Baki; Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah  Alor Gajah, Daud Hassan; Pegawai Daerah, Pejabat Daerah dan Tanah  Melaka Tengah, Anis Ali Hassan @ Mohd Yasam; Pengurus Besar, Perbadanan Ketua Menteri Melaka, Ab Rahman Ismail.

Ahli Sejarah, Prof Emeritus Ahmat Adam; Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr Ahmad Fauzi Ismail; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Profesor Dr Izaidin Abdul Majid; Pengurus Besar Lembaga Tabung Haji, Tahar Pilus; Rektor Universiti Teknologi Mara Cawangan Melaka, Prof Madya Sabariah Mahat; Pakar Bedah Ortopedik, 94 Hospital Angkatan Tentera, Melaka, Brig Jen Muhamad Fuad Daud; Exco Majlis Peguam Kebangsaan dan Exco Jawatankuasa Peguam Negeri Melaka, K.Shashi Kumar; Pakar Perunding Nefrologi, Jabatan Nefrologi Kesihatan Negeri Melaka, Dr Korina Rahmat; Ahli Jawatankuasa Persatuan Dongdang Sayang Negeri Melaka, Mohd Baharim Mohd Sarip yang juga penggiat dondang sayang Melaka; Pengurus Hatten Hotel Sdn Bhd, Kassim Abdul Rahman; Ketua Pegawai Operasi A’Famosa Resort Sdn Bhd, Lau Joo Liang.

Ketua Pegawai Eksekutif , ALM Builder Sdn Bhd/Mudzafar Hotel Sdn Bhd, Mohd Asyaharim Datuk Abdul Latif; Ketua Pegawai Eksekutif, Melaka International Trade Center, Mohd Arif Shah Abdullah Sani; Pengerusi Masjid Tengkera Melaka, Abdul Rahim Adam; Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka, Jabatan Mufti Melaka, Ali Umar.

Ketua Jurulatih Perseorangan Badminton Wanita Malaysia, Tey Sue Bock; Presiden Persatuan Renang Amatur Melaka, Nawawi Reduan; Pengurus Persatuan Golf, Persatuan Golf Malaysia, Ishak Mohd Esa; Ketua Pegawai Eksekutif Wetstar Aviation Services Sdn Bhd, General Tan Sri (B) Mohd Ismail Jamaluddin; Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Cetak Star Media Group Berhad, Kan Kin Seong; Ketua Pengarang China Press Sdn Bhd, Teoh Yang Khoon; Jurutera Struktur Menara Jam Abraj al-Bait, Mekah, Wan Nazri Wan Aria; Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Jasin, Abdul Halil Abdullah; Bendahari Umno Bahagian Masjid Tanah, Kamarul Zaman Jantan.

Sementara Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tangga Batu, Nor Azman Hassan; Ketua Bahagian MIC Kota Melaka, P. Panirchelvam; dan Pengarah Urusan XINYI Solar (Malaysia) Sdn Berhad, Liu Xiao Rong menerima D.P.S.M (Kehormat).

Seramai 57 orang akan menerima Darjah Seri Melaka (D.S.M); Bintang Cemerlang Melaka (B.C.M) (62); Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T) (194); Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) (325); Pingat Bakti Masyarakat (P.B.M) (213); dan Pingat Khidmat Lama (P.K.L) (22). - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kajian komprehensif mengenai cuaca dan taburan hujan di negara ini dijangka siap pada penghujung tahun depan.
  • KUALA LUMPUR - Kelewatan pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang di Pulau Pinang berpunca daripada isu pengambilan semula tanah di kawasan berkenaan.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan semua pihak termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan supaya mendengar nasihat daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berhubung isu banjir.
  • KUALA LUMPUR - Keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menarik diri daripada menyertai Perjanjian Iklim Paris 2015 tidak menjejaskan Malaysia serta 151 negara lain dalam meneruskan kerjasama menangani isu alam sekitar dan perubahan iklim.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.