• Wacana Sinar siri ke-20 : Pasca PRU13 Wacana Sinar siri ke-20 : Pasca PRU13
1 /

BERIKUT petikan-petikan menarik Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu.

Panelis yang hadir untuk berkongsi pandangan mereka pada kali ini ialah ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari.

Program ini akan dikendalikan oleh pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.

-Orang ramai mula memasuki Auditorium Karangkraf bagi mengikuti Wacana Sinar Harian siri ke-20.

Wacana Sinar siri ke-20 Pasca PRU13  : Ke Mana Haluan Politik Melayu baru sahaja bermula.

Wacana dimulakan dengan panelis pertama Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah

Saifuddin : PRU13 berlaku dalam suasana yang kita amalkan berlaku dalam realiti baru masyarakat.

Saifuddin : Realiti baru ada tiga. ICT dan media baru, kesedaran sosial dan gerakan sosial baru. 

Saifuddin : Ketiga beranjak masuk dalam demokrasi partisipasi itu lebih kepada pengundi.

Saifuddin : Rakyat sudah buka manifesto ketiga bukan lagi PR atau BN, ia adalah manifesto daripada peti undi.

Moderator : Adakah DAP bukan sahaja didominasi orang Cina tetapi akan datang akan menjadi parti masyarakat majmuk?

Zairil dalam hujahnya berkata, PRU13 ini adalah PRU untuk generasi baru seperti dirinya. Generasi yang mahukan reformasi.

Sementara Raja Kamarul berkata beliau setuju, keputusan PRU13 tidak menunjukkan tsunami bangsa.

Saifuddin pula berkata, "saya setuju perubahan nilai itu, kita banyak setuju Alhamdulillah. Perubahan nilai itu berlaku PRU10."

Saifuddin mengakui tsunami Cina berlaku pada 1999.

Menurut Saifuddin, bagaimanapun prestasi BN terutama Umno meningkat pada PRU13 berbanding 2008.

Beliau juga menyifatkan kekalahannya di Parlimen Temerloh kerana pencabarnya dari Pas disokong oleh semua kaum.

Zairil ketika ditanya berhubung isu pemerintahan DAP di Pulau Pinang berkata, media sering memutar belit kononnya masyarakat Melayu di sana teraniaya.

Zairil menambah "2008 kita lakukan 'open tender'. Puak Umno bising kata orang Melayu tak akan dapat peluang menang tender tapi dalam 5 tahun ini, 70 % dimenangi Bumiputera.

Menurut Saifuddin pula, soal penyatuan Melayu dan parti politik adalah dua perkara yang berbeza.

Katanya, "Perbezaan parti bukan perpecahan orang Melayu atau bangsa. Kita kena pandai berkempen."

Sementara itu, menurut Raja Kamarul, sokongan yang semakin berkurangan kepada Pas dalam PRU13 termasuk di kalangan masyarakat Felda kerana tidak mendapat maklumat yang tepat.

"Kerajaan sekarang suka orang Melayu termasuk orang Felda terus bergantung kepada kerajaan.

"Kalau tahun 1970-an, perkataan berdikari lebih banyak dipraktikkan," ujar beliau.

Menurut Zairil, "tahun 60-an, 70-an, DAP hanya parti pinggiran. Begitu juga dengan Pas. Kami tak berpeluang akses kepada media.

"Untuk masyarakat Cina, 2003, 2005 masuk DAP? Undi DAP pun tak mungkin.

Namun katanya kini, "Lim Guan Eng ubah DAP kepada parti pertengahan. Di situlah kita boleh tarik orang bukan Cina. DAP berteraskan idea, rasional."

Saifuddin ketika ditanya Umno kini berada di persimpangan  berkata, dirinya bukan presiden.

"Kita perlu terima teguran rakyat. Kami datang pada PRU2008 dan PRU13 perlu taubat nasuha," katanya.

Dalam sesi penggulungan, Raja Kamarul berkata, " PRU14 rakyat akan buat pilihan bijak dengan melihat nilai yang didokongi oleh calon.

" Pas akan terus mempertahankan politik nilai yang dibawa selama ini," katanya.

Saifuddin dalam penggulungannya berkata, "Umno perlu memainkan peranan utama dalam konteks politik, orang Melayu dalam Umno perlu meneruskan transformasi.
"Kalau tidak orang Melayu-Umno akan menjadi lebih 'teruk'. Umno perlu melonjak," katanya.

Zairil pula dalam sesi penggulungan berhujah, sebenarnya soal masa depan orang Melayu tidak perlu dipertikaikan.

"Saya hairan kerana tajuk ini masih ditimbulkan selepas setiap pilihan raya.

"Mustahil. Pertama, ikut trend demografi. Kedua, termaktub dalam Perlembagaan. Ketiga, kita ada raja-raja Melayu," ujar beliau.