PERANGAI sebenar manusia akan terserlah sebaik sahaja mereka memegang stereng kereta! Setuju atau tidak?

Apa pun pandangan anda, kemalangan adalah salah satu punca kepada kadar kematian tertinggi di negara ini.

Apa jadi dengan Pengurusan Pasca Kemalangan? Rawatan? Penyiasatan dan keadilan?

Semua ini akan dibincangkan dalam Wacana Sinar Harian Siri ke-43 akan diadakan Isnin ini di Auditorium, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam dengan tajuk ‘Pusara di Jalan Raya: Sampai Bila?'

Wacana ilmu yang bermula jam 2.45 petang ini akan membawakan beberapa orang panel terkemuka, antaranya adalah Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan Kawalan/Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, Asisten Komisioner Ruslan Khalid; pelumba Grand Prix, Shahrol Yuzy: artis, Mohd Nasir Hamzah (Achey) dan Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Prof Madya Dr Khulanthayan KC Mani.

Juga turut menampilkan penampilan khas, Adi Haslam Abdullah (Cletus).

Program ilmiah ini akan dikendalikan oleh Nazri Kahar dari Astro Awani.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar menyifatkan bahawa penyebab utama berlakunya rasuah dalam negara ini adalah kerana ketiadaan integriti.
  • SHAH ALAM - Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar mencadangkan agar kepimpinan tertinggi negara mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.