PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini berkata maklumat yang tersebar luas melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp berhubung kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) adalah tidak tepat dan palsu.    

Dalam satu kenyataan, JPJ menafikan terdapat pengumuman tentang kenaikan kadar fi LKM yang melibatkan semua jenis kenderaan 880cc ke atas, bermula Januari tahun depan.     

"Jabatan ini memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana ia boleh menimbulkan salah faham di kalangan masyarakat awam," katanya.

JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dan mempercayai mesej melalui media sosial dan aplikasi Whatsapp yang tidak mempunyai sumber sah.    

"Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada jabatan ini dan tidak turut serta menyebarkan maklumat palsu," kata kenyataan itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Salah seorang daripada tiga remaja yang terlibat dengan insiden kekecohan di Vitti Lodge & Famili di Osaka, Jepun, memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mahu bertanggungjawab di atas perbuatannya itu.
  • KUALA LUMPUR - Sebuah video telah tersebar di laman Facebook mengenai ‘Mannequin Challenge’ yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • JOHOR BAHRU - Kisah wanita didakwa menyamar sebagai orang cacat (OKU) penglihatan di bandaraya ini yang viral sejak beberapa hari lalu telah tampil menjelaskan status dirinya di Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Johor , di sini kira-kira jam 10 pagi.
  • SHAH ALAM - Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan laporan berkaitan status halal KFC yang tular baru-baru ini.
  • BATU PAHAT - “Cukup kecewa saya apabila kisah makcik saya, Asmah Hasim, 77, ‘diviralkan’, dan lebih menyedihkan semua kisah berkenaan sama sekali tidak benar,” kata Norhasimah Ismail, 50.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.