KUANTAN - Rakyat diingatkan untuk tidak menggadaikan agama Islam atas nama kemodenan dalam memenuhi falsafah gaya hidup ciptaan manusia, semata-mata.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, sebaliknya umat Islam digesa memperkukuhkan perpaduan serta akidah dengan tidak mengabaikan segala tuntutan.

Menurut baginda, mengambil iktibar dari peristiwa hijrah, nilai-nilai pengorbanan dan perpaduan berjaya dibentuk Rasulullah yang menyatupadukan golongan Muhajirin dan Ansar pada akidah Islam yang lebih teguh.

Baginda berkata demikian dalam majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Pahang di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1, di sini, hari ini.