KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan meminta bantuan Interpol bagi mengesan kedudukan ahli perniagaan, Low Taek Jho.

Beliau berkata demikian berhubung jawapannya terhadap soalan tambahan mengenai isu tersebut di Dewan Rakyat, hari ini.

“Pejabat Timbalan Perdana Menteri menafikan secara tegas laporan yang dibuat oleh beberapa media sosial yang telah memanipulasikan jawapan Ahmad Zahid bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang meminta bantuan Interpol bagi menjejak Ahli Perniagaan Jho Low.

"Bagaimanapun, media berkenaan seolah menimbulkan isu pencarian semula terhadap Jho Low dan itu sama sekali tidak benar.

"Hubungan yang baik telah terjalin antara PDRM dan Interpol dalam menyiasat kes ini dan sehingga hari ini, PDRM telah menutup fail kes berkenaan dan tiada lagi permintaan oleh Interpol terhadap kes tersebut," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gombak,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertanyakan kepada Ahmad Zahid mengenai bantuan Interpol mengesan kedudukan perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Zahid juga jelas menyatakan bahawa tiada kes untuk disabitkan.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi rawatan pasca pembedahan terbaik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjanjikan peruntukan tambahan RM3 juta kepada Sri Murugan Centre (SMC) jika pusat itu berjaya meningkatkan kecemerlangan akademik pelajar kaum India di negara ini.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan pusat masih memerlukan kepakaran pendakwah Zamihan Mat Zin mengendalikan program pemulihan tahanan militan Daesh di Penjara Tapah, Perak walaupun Kerajaan Selangor tidak membenarkannya berceramah di negeri itu.
  • KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi jaminan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi masalah kesihatan di Penjara Sungai Buloh, Selangor, diberikan rawatan yang terbaik.
  • KEPALA BATAS - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kesiapsiagaan 100 peratus untuk proses pemindahan mangsa banjir lebih awal bagi menghadapi gelombang kedua dan ketiga perubahan cuaca yang dijangka berlarutan sehingga Februari depan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.