PERTH - AUSTRALIA. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunjungi Ketua Menteri Australia Barat, Colin Barnett di sini pada Khamis.

Pertemuan itu diadakan di pejabat Barnett di Parliament Place, pada hari terakhir, lawatan dua hari Muhyiddin ke Perth.

Beliau kemudian ke pejabat Fugro Survey Pty Ltd untuk menghadiri taklimat mengenai usaha pencarian pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia, MH370.

Syarikat itu terlibat dalam usaha mengesan lokasi Boeing 777 berkenaan yang hilang daripada radar pada 8 Mac semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Penerbangan dengan 239 orang dalam pesawat itu dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi selepas tersasar dari laluan asal. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Presiden Perancis, Francois Hollande, yang dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini.
  • SOCHI - Perdana Menteri, Datuk Seri Nasjib Tun Razak mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan bermulanya Sidang Kemuncak Peringatan Asean-Rusia di sini, hari ini.
  • LONDON - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan melakukan lawatan kerja ke United Kingdom bermula 15 Mei untuk menghadiri, antara lain, mesyuarat tahunan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) dan merasmikan Malaysia-UK Investor Showcase.
  • JEDDAH - Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Jeddah untuk memulakan lawatan kerja ke Arab Saudi yang perdana menteri dijangka turut menghadap Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.
  • PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa, Imam Ali Omar Yacoub Abbasi di kediaman rasminya di Seri Perdana di sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.