KUALA LUMPUR - Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bermotifkan dendam  kerana sering mengeluarkan pelbagai kenyataan berupa tohmahan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa, Tun Mahathir sanggup melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan BN dan menganggap tuduhan dilemparkan bekas perdana menteri itu, tidak berprinsipkan moral.         

"Dr Mahathir sebenarnya kecewa dengan kekalahan anaknya (Datuk Seri Mukhriz) sebanyak tiga kali iaitu tewas kepada Khairy Jamaluddin dalam merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, kalah jawatan Naib Presiden Umno dan diturunkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.        

"Ini yang menyebabkan Dr Mahathir melupakan prinsip moral yang dipegang sebelum ini dan sanggup berpakat dengan pembangkang untuk membalas dendam dalam menjatuhkan Najib," katanya dalam sidang media selepas melancarkan 'EzCab', aplikasi e-hailing pertama di Malaysia yang menyediakan butang SOS untuk keselamatan pengguna teksi, di sini hari ini.        

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan semasa politik tanah air.

Mohamed Nazri berkata, pihak pembangkang juga dilihat sudah tidak relevan jika parti itu masih dibarisi pemimpin-pemimpin lama dan terus mempunyai konflik dalaman yang berpanjangan.        

Dalam perkembangan lain, Mohamed Nazri turut menyatakan sokongannya terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos sekiranya Jamal mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti akan datang.     

"Sekiranya Khairy Jamaluddin mahu melepaskan jawatan itu, dia (Jamal) boleh sahaja bertanding. Jamal adalah calon yang baik dan selagi beliau adalah ahli Umno, kenapa tidak?, Saya sokong sekiranya Jamal mahu  bertanding. " katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - "Artis-artis mempunyai ramai pengikut dan kita perlu guna pengaruh kita itu untuk kebaikan," demikian pesanan Tun Dr Mahathir Mohamad buat pelakon Datuk Farid Kamil.
  • SHAH ALAM - Selepas pelakon Fathia Latiff memuat naik status di laman Twitternya yang mempersoalkan siasatan yang dijalankan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran wang asing (Forex), hari ini Pengerusi Bersatu itu mengucapkan terima kasihnya kepada aktres tersebut.
  • SHAH ALAM - Calon bagi lantikan politik di dalam sesebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seharusnya dipilih berdasarkan kelulusan serta kelayakan bagi mengelakkan daripada berlakunya salah guna kuasa.
  • KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuat naik gambar pengalamannya menggunakan Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh - Kajang (SBK).
  • KUALA TERENGGANU - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak menahan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran tragedi berdarah Memali pada 1985 kerana bimbang rusuhan.