KUALA LUMPUR - Tindakan raja bomoh, Ibrahim Mat Zin hanya menjadi bahan ketawa kepada masyarakat bukan Islam terhadap Islam itu sendiri.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, bagi saya tindakan raja bomoh ni berkali-kali, tapi tiada satu tindakan diambil oleh pihak berkuasa.

"Sebelum ini dalam kes MH370 dan sebagainya. Tindakan raja bomoh ini bersifat tahyul dan berunsur syirik.

"Pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan kerana perkara itu memalukan seolah-olah apa benda yang berlaku di Malaysia ada orang yang mempunyai kepercayaan seperti itu.

"Malah, negara boleh beri kebebasan kepada orang seperti itu yang ada kepercayaan mengarut," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata, paling tidak pihak berkuasa agama panggil dia berdepan, berikan penerangan tidak boleh buat perkara salah yang berunsur kesyirikan dan ini harus dilakukan.

Mengulas lanjut, tindakan raja bomoh itu memalukan agama Islam sendiri seolah-olah menggambarkan satu amalan dalam Islam sendiri.

"Dan ini menjadi bahan ketawa kepada masyarakat bukan Islam terhadap Islam sendiri. Jadi pihak berkuasa agama panggil dia, duduk dengan dia untuk terangkan, usah amal dan perlu tegas kerana ajaran dia adalah salah," katanya.

Video dan pelbagai rakaman gambar aksi terbaru raja bomoh yang juga Pengasas Persatuan Seni Silat Gayung Ghaib Malaysia menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Aksi itu dipercayai dilakukan rentetan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang berikutan pembunuhan Kim Jong-nam di KLIA2, 13 Februari lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan raja bomoh itu boleh dilakukan mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR GAJAH - Orang ramai diingatkan tidak mentularkan upacara perbomohan Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh yang dikatakan 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khususnya Korea Utara.