KUALA LUMPUR - Rakyat sepatutnya berbangga dan bersyukur terhadap kemurahan hati Umno dan BN dalam memberi serta menawarkan khidmat terhadap rakyat.

Presiden Umno,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hanya Malaysia dibawah pemerintahan BN sahaja yang bersungguh-sungguh membantu ekonomi dan pembangunan rakyat.

"Mana ada negara lain di dunia, yang mampu menawarkan khidmat sebegini kepada rakyatnya, melainkan Malaysia di bawah pimpinan Umno dan BN.

"Di sisi lain, sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diperkenalkan, lebih RM25 bilion telah kita agih-agihkan.

"Ini belum termasuk pemberian BR1M tahun 2018, sebanyak RM6.8 bilion, memanfaatkan lebih tujuh juta penerima, sehingga jumlah mencapai RM1,200 seorang," katanya ketika berucap pada Persidangan Perhimpunan Agung Umno 2017 di sini, hari ini.

Dalam masa sama, Najib sempat menyindir pembangkang yang 'gigih' melaksanakan langkah sama, yang kononnya dilaksanakan bagi menyokong ekonomi rakyat.

"Tentang BR1M ini pun, dulu dituduhnya kita merasuah rakyat, tapi sekarang sudah terbalik, dan membuat U-turn jika mereka memerintah, konsep subsidi bersasar BR1M yang kita buat, akan ditiru pulak pelaksanaannya.

"Inilah perangai depa, asyik dok U-turn, U-turn, dan U-turn," tujah Najib.

Bercakap soal cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pula, Najib berkata, GST terbukti menjadi penyelamat ekonomi negara kerana tanpa kutipan GST RM41 bilion, negara tidak boleh menampung perbelanjaan yang diperlukan untuk rakyat.

"Sebaliknya, pihak pembangkang sampai hari ini, masih tidak sepakat tentang keputusan menerima sistem GST, ada yang kata GST diterima tapi zero-rated.

"Itulah dia pembangkang, macam saya sebut sebelum ini, yang konsisten dalam pembangkang hanyalah sifat tidak konsisten mereka," bidasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BELUD - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak meminta rakyat agar memilih parti politik yang mampu membawa kestabilan politik, keamanan dan keharmonian untuk membentuk kerajaan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.
  • KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan kekal menjadi kerajaan yang mesra pelabur, menjadikan Malaysia destinasi menarik untuk pelaburan langsung asing (FDI) dari seluruh dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
  • SHAH ALAM - Sentiasa mengambil kira soal pembangunan politik dan rakyat, itu kunci utama bagi Sarawak untuk sentiasa kekal bersatu.
  • SABAK BERNAM - Orang Melayu diingatkan supaya terus memberi sokongan kepada BN pada PRU-14 bagi memastikan agenda pembelaan dari segi pendidikan Bumiputera khususnya kaum itu terus diberi keutamaan.