SHAH ALAM – Tiada halangan bagi membuka semula kertas siasatan berhubung skandal perbankan terbesar negara yang melibatkan Bank Bumiputera, kata pengamal undang-undang, Wan Azmir Wan Majid.

Bagaimanapun jelasnya, timbul persoalan sama ada wajar atau tidak memandangkan kes terbabit berlaku hampir 30 tahun lalu.

Beliau menjelaskan, secara umumnya tiada had masa siasatan melibatkan undang-undang jenayah.

“Bila-bila masa sahaja kertas siasatan boleh dibuka. Yang menjadi persoalan sama ada efektif atau tidak membuka semula kertas siasatan. Ini kerana ia menggunakan tenaga dan masa yang lama,” katanya kepada Sinar Harian.

Badan risikan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mendedahkan mengenai skandal perbankan besar menggegarkan negara pada 1980-an menunjukkan ada pembabitan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut portal The Asian Correspondent, dokumen itu, antara 13 kertas siasatan yang dikeluarkan minggu lalu oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA), juga mempertikaikan respons pentadbiran Dr Mahathir dalam mengendalikan kerugian kira-kira AS$1 bilion itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai negara-negara Islam untuk bertemu Donald Trump bagi mendesak menarik balik keputusan Amerika Syarikat (AS) yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
  • SHAH ALAM - Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani enggan mengulas lanjut berhubung laporan berita pemulangan pingat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
  • SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memandang serius, murka dan amat kecewa dengan kenyataan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap bangsa Bugis.
  • KUALA LUMPUR - "Beliau (Tun Dr Mahathir Mohamad) senyum sepanjang masa sampai balik," demikian kongsi Mohamad Sabu mengenai reaksi Mahathir berhubung hasil masakannya.
  • KUALA LUMPUR - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di kawasan kompleks beli-belah Maju Junction bersama suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.