PORT DICKSON - Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim yakin kerajaan akan meneruskan keprihatinan terhadap keperluan Tentera Darat (TD) pada pembentangan Bajet 2018, Jumaat ini.

Ini katanya berdasarkan keperluan semasa yang menuntut pasukan itu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya berada pada tahap  kesiapsiagaan yang tinggi.

"Kalau kita lihat Menteri Pertahanan (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) memaklumkan hasrat supaya kerajaan menimbangkan dalam bajet (Bajet 2018) ini untuk meningkatkan sebahagian daripada keupayaan elemen-elemen Tentera Darat.

"Antara yang disebut Menteri Pertahanan ialah Grup Gerak Khas dilengkapkan dengan kelengkapan yang membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda di Pusat Latihan Asas Tentera Darat  di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi dan Panglima Medan Barat Lt Jen Datuk Azizan Md Delin.

Mengulas lanjut, Zulkiple berkata beliau melihat keutamaan perlu diberi kepada keperluan dalam menangani ancaman serantau dan juga dunia pada masa kini yang lebih menjurus kepada operasi-operasi tidak konvensional melibatkan kumpulan-kumpulan khusus yang mengancam keselamatan negara.

"Yang lebih penting bagi TD ialah kesiapsiagaan kami untuk digerakkan ke mana-mana untuk apa-apa keperluan dan juga operasi dan kita berdiri teguh sebagai tonggak pertahanan negara," katanya.

Terdahulu, Zulkiple memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan bagi perbarisan tamat latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 183/2017 dan Wanita Siri 43/2017.

Pada majlis itu, seramai 1,359 perajurit muda menamatkan latihan selama enam bulan yang bermula 8 April lalu.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu setiap kementerian bersiap sedia bagi memastikan apa yang direncanakan dalam Bajet 2018 mencapai matlamat dan sampai kepada rakyat semuanya.
  • TENOM - Pemuda Umno Malaysia mencadangkan supaya peruntukan RM1 billion yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2018 bagi membiayai kerja baik pulih sekolah daif di Sabah diserahkan terus kepada pejabat pendidikan negeri.
  • KUALA LUMPUR - Persepsi bahawa perbelanjaan mengurus sebanyak RM234.25 bilion dalam Bajet 2018 hanya untuk pembayaran gaji atau emolumen perlu diperbetulkan kerana peruntukan untuk komponen itu termasuk pencen dan gratuiti hanya membabitkan sekitar 44 peratus daripada jumlah tersebut.
  • KUALA LUMPUR - Jumlah hutang Kerajaan Persekutuan pada akhir Jun 2017 adalah sebanyak RM685.1 bilion atau 50.9 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
  • PUTRAJAYA - Jawatankuasa kerja bagi memantau pelaksanaan program dan projek yang diperuntukkan menerusi Bajet 2018 akan mengadakan mesyuarat pertamanya dalam tempoh dua minggu dari sekarang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.