TANJUNG MALIM - Sebanyak 12,000 peluang pekerjaan dan latihan ditawarkan dalam Program Temu Duga Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Festival Keusahawanan Asas Tani yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada Sabtu dan Ahad lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, program tersebut merupakan platform yang memberi peluang kepada graduan menjalani latihan pekerjaan dalam persekitaran lebih kondusif.

Katanya, ia peluang terbaik kepada para graduan untuk bertemu secara langsung dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) swasta yang terkemuka dalam satu acara.

“Kesemua syarikat yang terlibat dalam program ini memerlukan pekerja dan mereka menyediakan skim latihan baik untuk para graduan.

“Selain itu, program ini memberi pendekatan pada graduan yang akan dipadankan bersama dengan syarikat yang sesuai dengan kelayakan akademik mereka,” katanya.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Graduan yang masih mencari pekerjaan khususnya di Sabah tidak melepaskan peluang menyertai Program Temuduga Terbuka Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), peringkat negeri yang diadakan pada Sabtu, 18 November ini.
  • SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat perlu ubah mentaliti untuk membantu rakyat terutamanya golongan muda dalam mendapatkan pekerjaan.
  • SERDANG - Lebih 3,000 jawatan kosong dalam bidang pertanian dan industri asas tani akan ditawarkan pada ‘Agro Job Fair’ di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, bemula esok hingga 1 Oktober.
  • PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan komited menyediakan peluang pekerjaan yang luas untuk graduan dengan memastikan ekonomi negara terus berkembang.