BACHOK – Seorang suri rumah masih tidak percaya bahawa dia memenangi Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) walaupun sudah dihubungi ibu pejabat Sinar Harian dari Shah Alam, minggu lalu.

Nor Hazifah Abdul Aziz, 30, hanya mempercayai kemenangan itu selepas bertemu Skuad Sinar Harian Bachok yang hadir menyampaikan hasil kemenangannya itu beberapa hari lalu.

Nor Hazifah berkata, dia mula menyertai peraduan itu selepas dua bulan dilancarkan pada 2015.

Dia semakin bersemangat menyertai peraduan itu setelah melihat ramai orang sudah memenanginya.

“Alhamdulillah, saya amat bersyukur. Tak salah rasanya mencuba, tambahan pula soalan mudah. Jadi saya terus mencuba, mana tahu nasib baik saya dapat menang.

“Anak pun selalu bergurau, katanya, asyik hantar peraduan tapi tak pernah menang.

"Alhamdulillah akhirnya ada rezeki dan saya nak tunjuk kepada anak bahawa usaha saya tidak sia-sia.

"Anak tak tahu lagi walaupun saya dihubungi wakil Sinar Harian seminggu lalu. Hari ini (semalam), lepas ambil anak balik sekolah baru nak beritahu dia,” katanya.

Wang kemenangan itu nanti akan digunakan bagi keperluan sekolah dua anaknya berumur 10 dan 7 tahun serta membaiki motosikal.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - “Dah banyak kali cuba, tak sangka saya peserta terakhir dipilih sebagai pemenang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M),” kata seorang suri rumah, Nur Zafirah Abd Majid, 26, dari Sentul.
  • KLUANG - Seorang suri rumah menyifatkan kemenangan yang diperoleh menerusi Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) sebagai rezeki suaminya yang menghidap sakit angin ahmar.
  • KUANTAN - “Setiap pagi beli, lepas baca isi dan kerat keratan borang peraduan sebelum ke pejabat pos untuk hantar.
  • TAMPIN - Seorang anak tidak menyangka percubaan kali pertama menyertai Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) dengan menghantar lima penyertaan sekali gus menggunakan namanya termasuk empat ahli keluarga lain membuahkan hasil apabila salah satu penyertaan dipilih sebagai pemenang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.