KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar meminta agar polemik berkenaan konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) segera dihentikan.

Katanya, ini kerana perkara itu telah dinyatakan oleh pemimpin PH yang jelas menolak konvensyen berkenaan.

"Pada saya dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalannya Datuk Seri Azmin Ali dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semua menolak ratifikasi ICERD

"Sekarang ini apa isunya lagi? Bila kita sudah lihat kesan dan sebagainya, kita memang  ada keputusan tuntas. Sebelum ini pun ada banyak ratifikasi yang tidak dilakukan sepenuhnya, ada pengecualian, lebih-lebih lagi apabila menyentuh berkenaan ketuanan Melayu, dan Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Zahid, Hadi bergabung bantah ICERD]

Mengulas lanjut katanya, oleh itu beliau tidak faham kenapa kemelut ini sengaja diwujudkan.

"Saya hargai pandangan balas tapi marilah kita beralih kepada pendirian rasmi oleh wakil-wakil termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya lagi.

Isu ICERD baru-baru ini mencetuskan polemik yang cukup panas di negara ini.

Pembangkang terutamanya Pas dan Umno antara pihak yang lantang menentang ICERD.

Pada 8 Disember depan juga muafakat Pas dan Umno dijangka akan menganjurkan himpunan mega di ibu negara bagi membantah ratifikasi berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan keliru dengan ICERD?]

[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD: Kerajaan jamin tidak mansuh Artikel 153]

[ARTIKEL BERKAITAN: Mustahil laksana ICERD?]

[ARTIKEL BERKAITAN: ICERD: Penjajahan baharu negara barat]