KUALA LUMPUR - Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berkenan menganugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas dan Naib Presiden Eksekutif Carigali dan Bisnes Pengeluaran Petronas Datuk Wee Yiau Hin.

Penganugerahan itu berlangsung di Brunei semalam sempena ulang tahun ke 66 Sultan, menurut kenyataan perbadanan minyak nasional itu hari ini.

Petronas diwakili di Brunei menerusi subsidiari huluan Petronas Carigali Brunei Ltd, operator carigali air dalam Block CA2 dan rakan di air dalam Block CA1.

Menurut kenyataan itu, Petronas juga sedang menilai carigali lain yang berpotensi dan peluang hiliran sejajar dengan hasrat Brunei untuk memajukan lagi sektor minyak dan gasnya. - Bernama

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.