KOTA BHARU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan sejumlah 55 peratus daripada 21,890 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chempaka hari ini.
   
Jurucakap SPR berkata, peratusan berkenaan termasuk undi pos dan undi awal yang telah dijalankan pada Rabu lepas.
   
"Peratusan sebenar dan jumlah tepat pengundi akan diumumkan selepas proses penjumlahan undi selesai malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
   
Jurucakap itu berkata pengiraan undi dibuat di pusat penjumlahan undi di Dewan Bitara Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa di sini, dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada pukul 9.30 malam.   
   
PRK Dun Chempaka ini menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Pas dan empat calon bebas.

Pas diwakili Ketua Urusan Ulama Pas Dun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood@Mahamad, 42.
   
Empat calon bebas terdiri daripada bekas pensyarah Izat Bukhary Ismail Bukhary 48; bekas Naib Presiden Perkasa Kelantan Sharif Mahmood, 59; Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Fadzillah Hussin, 55; dan ahli perniagaan Aslah Mamat, 64.
   
PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, pada 12 Februari lepas. -Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Sejumlah 14,622,881 pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di seluruh negara sehingga 30 Jun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima 229,919 permohonan pendaftaran pemilih baharu dan 65,083 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi sepanjang tempoh pendaftaran pemilih suku ketiga 2017.
  • KUALA LUMPUR - Kesedaran orang ramai mengenai kepentingan untuk mendaftar sebagai pemilih masih rendah, walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan pelbagai pendekatan dan kempen untuk meningkatkan jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara.
  • PUTRAJAYA - "Pendaftaran pemilih secara dalam talian atau melalui aplikasi media sosial adalah tidak dibenarkan dan tidak sah," kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
  • PUTRAJAYA - Kesedaran dalam kalangan golongan muda berusia 21 hingga 39 tahun untuk mendaftar sebagai pengundi masih rendah jika dibandingkan dengan kumpulan umur lain, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.