AYER KEROH - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina sebanyak 10,000 unit rumah Mesra Rakyat1Malaysia (RMRIM) di seluruh negara sepanjang tahun ini bagi memberi peluang lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.

Ketua Pegawi Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali, berkata, setakat ini sebanyak 34,774 unit rumah di bawah program itu telah disiapkan bermula dari 2002 hingga Februari lalu dan selebihnya akan disiapkan oleh kontraktor yang dipilih di bawah kerajaan negeri.

Menurutnya, jumlah itu termasuk 35 buah rumah RMRIM yang akan dibina di Melaka dan dijangkan siap pada Mei tahun ini selain di Kelantan, Terengganu Kedah dan Johor.

"Tahun lalu kita telah menyiapkan sebanyak 2,011 unit rumah RMRIM di seluruh negara dan jumlah itu akan bertambah kepada 10,000 pada tahun ini.

"Kita yakin ia dapat mencapai sasaran termasuk memantau kontraktor di setiap projek bagi mengelak berlaku kelewatan lebih tiga bulan ataupun masalah projek terbengkalai yang kerap berlaku tiga, empat tahun lalu," katanya.

Ahmad Azizi berkata demikian selepas majkis program RMRIM peringkat negeri Melaka di Auditorium Seri Negeri hari ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA TINGGI - Penantian selama 14 tahun generasi kedua di Felda Air Tawar 3 di sini, untuk memiliki rumah sendiri berbaloi apabila kediaman diimpikan siap dibina.
  • KANGAR - Sebanyak 1,142 permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di Perlis khusus untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah kediaman, diluluskan sejak program itu dilancarkan pada 2002.
  • KEMAMAN - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah meluluskan sebanyak 46,552 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara dari tahun 2002 hingga Februari lepas.
  • KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) perlu membangunkan lebih banyak projek perumahan di tanah milik Bumiputera di kawasan bandar bagi menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat.
  • KUALA LUMPUR - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina 65,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara menjelang 2018, kata Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.