SHAH ALAM - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menempelak ahli politik yang dilihat seperti hendak menjadi selebriti dan ahli sukan.

Menerusi satu posting Facebook, Tunku Ismail atau mesra disapa TMJ berkata, bila seseorang itu menggunakan platform ahli politik untuk menjadi ahli sukan misalnya, negara seolah-olah menghantar wakil yang salah dalam acara tersebut.

"Ia telah menjadi tempat di mana ahli-ahli politik mahu menjadi selebriti dan ahli sukan.

"Ini dilihat di mana seseorang yang tidak boleh menunggang kuda atau bermain polo boleh dipilih untuk mewakili negara," katanyanya yang juga merupakan Presiden FAM.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar enggan mengulas sebarang kenyataan TMJ terhadapnya kerana tidak berasa ada sebarang kebaikan.

TMJ pernah memberikan reaksi terhadap menteri itu selepas Khairy tidak hadir dalam perlawanan akhir Piala FA antara Kedah dan Pahang.

TMJ mengangap Khairy sepatutnya antara individu penting yang patut hadir menyaksikan salah satu perlawanan bersejarah ini.

Kenyataan terbaharu ini juga dipercayai membabitkan Khairy yang akan menjadi salah seorang daripada 12 atlet negara yang disenarai pendek untuk acara polo berpasukan di Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Pewaris takhta Johor, anakanda kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberikan nama Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim Ibni Tunku Ismail.
  • JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isterinya, Che Puan Khaleeda dikurniakan seorang putera, hari ini.
  • JOHOR BAHRU - TUNKU Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor hari ini menerima menghadap Duta Emiriah Arab Bersatu Khalid Ghanim Mohammad Alghaith , di Johor, hari ini.
  • PASIR GUDANG - Bagaikan mimpi menjadi kenyataan buat seorang kanak-kanak yang menghidap penyakit kulit genetik apabila hasratnya bertemu idolanya Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tercapai selepas dikunjungi keluarga Diraja berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.