JUMLAH pelancong China yang menjadi mangsa rompakan ketika berada di Malaysia semakin meningkat terutama dalam tempoh empat bulan terakhir ini.

Menurut perangkaan dikeluarkan pejabat kedutaan China di Kuala Lumpur, sekurang-kurangnya 90 kes rompakan setiap bulan membabitkan pelancong China dilaporkan sepanjang empat bulan terakhir ini.

Dengan kata lain, sekurang-kurangnya tiga pelancong China dirompak setiap hari di seluruh negara.

Jurucakap pejabat kedutaan China di Kuala Lumpur ketika memberitahu Sin Chew Daily menjelaskan, pejabat mereka menerima aduan daripada rakyatnya ketika berada di Malaysia. Mangsa-mangsa ini bukan sahaja kehilangan wang ringgit, tetapi juga pasport dan pelbagai barangan bernilai.

"Difahamkan, suspek rompak ini terdiri daripada ahli sindiket yang berasal dari Amerika Selatan. Diharap pihak polis memandang serius perkara ini dengan mengadakan rondaan dan kawalan di pusat-pusat destinasi pelancongan terkenal di negara kita terutama di sekitar Kuala Lumpur.

"Pejabat kedutaan China di Kuala Lumpur sentiasa mengingatkan mana-mana pelancong China ketika mengadakan lawatan ke Malaysia, mereka mestilah berhati-hati dengan menjaga barangan peribadi masing-masing untuk mengelak menjadi mangsa ragut ataupun rompak.

"Sekali lagi kami ingatkan, sekiranya mereka kehilangan pasport, mereka mestilah segera buat laporan kepada polis dan buat permohonan visa lawatan di pejabat kedutaan berdekatan," kata kenyataan itu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Dijangkakan lebih 250,000 pelancong China melawat Malaysia sepanjang sambutan Tahun Baharu Cina kali ini berbanding hampir 200,000 sewaktu perayaan itu tahun lepas.
  • CHIANGMAI - Tahun Melawat Malaysia 2020 (VMY2020) menyasarkan ketibaan 36 juta pelancong ke Malaysia dan menjana pendapatan bernilai RM168 bilion daripada industri pelancongan, kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
  • MASJID TANAH - [VIDEO] Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menyambut baik keterbukaan Arab Saudi yang membenarkan wanita berusia 25 tahun dan ke atas masuk ke negara itu dengan menggunakan visa pelancong.
  • KUALA LUMPUR - Disenaraikan di tahap terendah dalam sistem ranking keselamatan dan sekuriti yang diperkenalkan oleh Amerika Syarikat menunjukkan Malaysia diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk aspek-aspek keselamatan di kalangan pelancong.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia menerima kedatangan 5.03 juta pelawat dari negara-negara Asean pada suku pertama 2017, tambahan 2.4 peratus dari tempoh sama tahun lepas, kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.