SHAH ALAM - Sinar Harian bersedia menjadi tuan rumah debat antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya dilaksanakan.
Penerbit Eksekutif Sinar Harian, Akmal Eirfan Mohd Fauzi berkata, sekiranya diberikan ruang dan peluang, Sinar Harian berupaya menjadi tuan rumah kepada debat kedua-dua pemimpin itu yang pastinya dinantikan rakyat.
Ia susulan debat antara Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, ada yang menantikan debat seterusnya bakal berlangsung antara Najib dan Anwar.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





