KOTA BHARU - Akhbar komuniti Sinar Harian dijadikan contoh oleh seorang perwakilan Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58, di sini, semalam, kerana menyiarkan berita terkini dan perkembangan semasa di peringkat daerah.

Perwakilan Pas Perlis, Yaakob Abu Seman berkata, perkara itu seharusnya dicontohi lidah rasmi Pas, Harakah dengan memberi lebih banyak ruang dan tumpuan kepada berita terkini di peringkat tempatan.

“Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kami harap Harakah beri lebih banyak ruang kepada berita perkembangan terkini di peringkat tempatan sebagaimana contoh Sinar Harian yang mempunyai banyak berita di peringkat daerah," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.