Khairul Faizi Ahmad Kamil
Khairul Faizi Ahmad Kamil

SHAH ALAM – Pemuda Pas menegaskan tidak timbul isu siapa jemput siapa, tetapi mereka menekan komitmen umat Islam turut serta bantah isu video hina Nabi, lebih penting.

Setiausaha Agungnya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, Pas tidak mahu siapa penganjur perhimpunan di Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat ini dipersoalkan.

“Sebaliknya kami memohon agar salah faham ini tidak dijadikan kontroversi oleh sesetengah pihak.

“Harapan Pas adalah agar semua pihak prihatin dengan masalah ini, bukan dijadikan sebagai bahan politik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau turut menjelaskan bahawa kenyataan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menegur sikap Pemuda Pas dan Pemuda Umno yang dikatakan bermain tarik tali.

“Kami bukan berdolak dalik tetapi Pemuda Pas menetapkan tarikh perhimpunan terlebih awal.

“Malah, saya turut berbincang secara tidak langsung dengan wakil Pemuda Umno mengenai perkara ini untuk bersama kami pada hari tersebut,” katanya.

Menurutnya, Pas menjemput semua umat Islam untuk turut serta termasuk Pemuda Umno.

Khairul Faizi berkata, isu bergabung tidak timbul seperti yang dinyatakan di media tetapi sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin bersama dalam perhimpunan itu, dialu-alukan.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.