ADA sahaja kisah yang mencuit hati yang dikongsi oleh Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Facebook rasminya, buat tatapan para penyokongnya di alam maya.

Terkini, perkongsian beliau mengenai gambar beliau berperwatakan samseng menarik perhatian ramai.

"Siapa nakal sangat ni, saya doktor, bukan gengster. Nak memulihkan pentadbiran negara, bukan memusnahkan," kongsinya yang disertakan dengan gambar merujuk beliau akan kembali ke Putrajaya dalam sosok seperti seorang gengster.

Perkongsian beliau itu terus menarik 15 ribu like dalam masa hanya dua jam dikongsi dan hampir beratus komen mula membanjiri ruangan komen.

"Terbaik Tun M, " tulis Afi Azreen Fardil.

Sementara menurut, menurut Sudin Din, Tun Mahathir banyak jasanya kepada negara, beliau berjuang masa era zaman Tunku Abdul Rahman lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuat permohonan rasmi untuk melawat Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, semalam.
  • PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup bersumpah menjunjung al-Quran bagi membuktikan beliau tidak terlibat dengan krisis kehakiman 1988 yang menyaksikan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.
  • PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai negara-negara Islam untuk bertemu Donald Trump bagi mendesak menarik balik keputusan Amerika Syarikat (AS) yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
  • SHAH ALAM - Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani enggan mengulas lanjut berhubung laporan berita pemulangan pingat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Dr Siti Hasmah Mohd Ali.