SEJAK isu kehadiran Diplomat Israel David Roet, tural pula berita mengenai Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bertemu isteri Diplomat Israel, baru-baru ini.

Dalam sebuah laman Facebook, seorang pelayar memuat naik sekeping gambar, kononnya Shahrizat sedang mengadakan pertemuan dengan isteri diplomat Israel.

“Benarkah Shahrizat Abd Jalil turut mengadakan pertemuan bersama isteri Diplomat Israel?

Pelayar tersebut turut menggunakan tanda pagar #tanyeje.

Bagaimanapun, gambar tersebut diambil ketika Shahrizat mengadakan pertemuan dengan anggota FIABCI dari Ukraine yang diketuai oleh Keteryna Pylypchuk.

Gambar tersebut dimuat naik pada 13 Februari lalu di laman Facebook rasmi Shahrizat yang turut memuatkan beberapa keping gambar Shahrizat, wanita Umno dan anggota FIABCI-Ukraine.

Menurut Shahrizat, hasil pertemuan tersebut, banyak peluang dijangka dapat diwujudkan antara kedua negara.

Keteryna Pylypchuk merupakan Presiden FIABCI-Ukraine dan Timbalan Presiden ,  FIABCI Antarabangsa YM Committee.