SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berasa simpati dengan kenyataan terbaharu veteran DAP, Lim Kit Siang yang nampaknya sedih apabila beliau  mengeluarkan sebahagian bukti mengenai wang dari Arab Saudi.

Najib menerusi perkongsian dalam laman sosial Facebook peribadinya berkata, sebelum pilihanraya umum yang lalu, veteran DAP berkenaan dan pemimpin DAP yang lain sering bertanyakan mengenai wang sebanyak RM2.6 bilion berkenaan.

Menurutnya, beliau kini tertanya-tanya sekiranya dia mendedahkan lebih banyak lagi dokumen dan penjelasan, adakah pihak berkenaan akan mengakui pemulangan sebahagian besar atau kesemua RM2.6bilion berkenaan.

“Saya terbaca kenyataan Lim Kit Siang hari ini. Beliau nampaknya agak sedih apabila saya telah mengeluarkan sebahagian bukti-bukti mengenai wang yang disumbang dari Arab Saudi kepada akaun peribadi saya.

“Sebelum PRU14, sekian lama Kit Siang dengan DAP selalu bertanya "Mana RM2.6b?"

“Saya nak tanya Kit Siang sebelum saya dedah lebih dokumen dan penjelasan. Adakah YB akui yang saya sudah kembalikan sebahagian besar atau semua "RM2.6b" ini tetapi fakta itu sengaja disembunyikan oleh pihak Pakatan?

[ARTIKEL BERKAITAN: Raja Abdullah sedia dana Najib, Umno?]

Semalam, Najib berkata, sebagaimana pemberian hadiah tidak bernilai, kelambu Kaabah (kain kiswah Kaabah) dan tambahan kuota haji 20,000 daripada baginda pada tahun 2010, Almarhum Raja Abdullah (baginda).

Menurutnya, baginda juga bersetuju membantu Umno dengan pembiayaan.