SCENT of Love pewangi berasaskan feromon bukan sekadar aroma wangian biasa tetapi mampu menjadikan hubungan pasangan suami isteri lebih erat dan membantu membangkitkan aura positif kepada lelaki dan wanita bujang.

Pengasas Dr Bio yang juga Pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Dr Wan Safwan Wan Daud menjelaskan, ini kerana feromon merupakan sejenis hormon aktif, sejenis zat kimia yang berfungsi merangsang dan menghasilkan daya pemikat sensual pada lelaki dan wanita.

Setelah melakukan kajian selama dua tahun, Wan Safwan bersama rakan penyelidik merangkap Pakar Logistik Dr Bio, Razman Hafifi Redzuan berjaya mencari punca ‘tarikan’ tersebut menerusi feromon daripada haiwan equine atau lebih dikenali dengan kuda baka Arab.

Beliau rasa terpanggil untuk menghasilkan wangian daripada ekstrak feromon yang halal, mesra solat dan berkualiti bagi menjaga hak pengguna Muslim di negara ini.

“Sebelum ini, memang dah ada minyak wangi ekstrak feromon dari luar negara, namun ia tidak halal dan suci, atas rasa tanggungjawab itu saya dan rakan melakukan penyelidikan bagi menghasilkan ekstrak itu dari sumber halal dan bersih.

“Kita gunakan feromon hasil daripada latherin atau surfactant protein (protein yang diekstrak) tersebut untuk bangkitkan rasa sensual wangian Lure khusus bagi lelaki dan Fiona untuk wanita yang dijual dengan harga promosi RM39, serta Unisex pada harga RM88 sahaja,” katanya yang telah menghabiskan RM39,000 bagi tujuan penyelidikan mencipta feromon tersebut.

Wan Safwan berkata, tambahan ekstrak feromon menjadikan Scents of Love sebagai produk luar biasa yang banyak manfaatnya, sangat jauh berbeza berbanding wangian biasa yang sekadar bau-bauan.

Kesan hebat kepada manusia

Feromon mampu menguasai emosi dan mempengaruhi persepsi seseorang terhadap pemakai melalui olfactory neurons (neuron bau) di otak manusia.

Hasil dapatan kajian mendapati, haiwan equine (kuda) ini mempunyai kadar latherin berbeza dan latherin equine dihasilkan kuda Arab lebih tinggi.

Wan Safwan berkata, kajian ke atas kuda dilakukan sejak sekian lama, di mana beliau mendapati individu yang ada kuda lebih rela menghabiskan banyak masa di kandang haiwan peliharaannya berbanding bersama keluarga.

Katanya, kelompok ini juga dikesan mempunyai equine addiction syndrome (sindrom ketagihan kuda) dan ia dikesan berlaku kerana haiwan tersebut sebenarnya membebaskan feromonnya kepada manusia melalui peluh.

“Feromon kuda baka Arab ini, lebih kuat berbanding feromon dihasilkan manusia, sindrom ketagihan kuda berlaku kerana haiwan tersebut seolah-olah berkomunikasi secara tidak langsung dengan otak manusia tanpa sedar, namun kesannya hanyalah bersifat sementara.

“Berdasarkan pemerhatian saya, kuda boleh dianggap ‘pemimpin’ kepada kerana auranya kuat sehingga menyebabkan haiwan lain menuruti dan mengiringi perjalanan kuda di sepanjang aktiviti berkuda yang dijalankan,” katanya.

Beliau turut menobatkan kuda sebagai The great Leader (ketua terbaik) yang disegani di dalam hierarki haiwan.

Karisma dan kehebatan aura feromon The Great Leader inilah yang diadaptasikan dan dijadikan asas kajian sehingga terhasilnya feromon berguna untuk kegunaan harian manusia.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebelum produk inovasi feromon pertama negara berkenaan menjengah pasaran pada September tahun lalu, sampel Scents of Love diagihkan kepada 100 testimoni dan hampir 90 peratus memberikan respons positif dengan kejayaan feromon khusus bagi individu bujang dan pasangan suami isteri.

Setelah tujuh bulan dipasarkan, wangian Dr Bio telah terjual 2600 botol berikutan keyakinan pengguna terhadap feromon yang dihasilkan melalui proses yang agak ketat.

“Sebelum ini, kita banyak menemui banyak hasil baru dari penyelidikan tetapi tidak dikomersialkan, jadi kali ini kami sahut cabaran dengan manfaatkan hasil penemuan menjadi sebuah produk yang sangat berkualiti dan mampu menjana pendapatan.

Aroma bertahan dua hari

Menurut Wan Safwan, wangian ‘luar biasa’ keluaran Dr Bio mampu bertahan selama dua hari.

“Aroma memikat minyak wangi ini juga, mampu bertahan selama 48 jam dan membuatkan kita nampak lebih segar, orang panggil feromon ‘penyakit’ tetapi kita manfaatkannya menjadi satu peluang.

“Kalau disemburkan pada orang lelaki, ia mampu membuatkan wanita tergoda kerana feromon boleh kawal emosi. Kita jangka produk ini boleh pergi jauh lagi dan mampu bertahan lama di dalam pasaran kerana mempunyai unique selling point (USP) yang tidak dimiliki mana-mana pewangi di pasaran tempatan waktu ini,” katanya.

Bagi orang ramai yang berminat untuk mendapatkan produk Dr Bio, boleh melayari laman rasmi DrBio Entrepreneurial Network di Facebook.

Dr Bio kini mencari stokis bagi produk sulung mereka bagi meluaskan lagi rangkaian wangian sensual itu di pasaran. Antara yang diberi keutamaan adalah suri rumah.

“Dalam keadaan ekonomi sekarang, kita mahu bantu suri rumah jana pendapatan bagi tingkatkan taraf hidup keluarga, malah graduan juga digalakkan untuk bersama-sama meluaskan pengaruh Scents of Love,” katanya.