KUALA LUMPUR - "25 Mac ini saya tetap akan datang," itu kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengenai dialog antara dirinya dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga turut mengharapkan agar Mahathir akan turun berdialog seperti mana yang dijadualkan di Dewan Dato' Maharajalela, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuala Kangsar, Sabtu ini.

"Saya akan tetap teruskan dan berharap agar Mahathir juga akan datang pada hari tersebut," katanya ketika ditemui di pekarangan Dewan Rakyat hari ini. 

Polis Perak dalam satu kenyataan hari ini menolak permohonan penganjur bagi mengadakan dialog di antara kedua-dua pemimpin itu. 

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis tolak permohonan penganjur dialog Tun M, Nazri]

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, permohonan tersebut ditolak setelah mengambil kira faktor keselamatan, ketenteraman awam, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai. 

Menurut Hasnan, antara faktor permohonan itu ditolak ialah kelewatan mengemukakan borang pemberitahuan sepertimana yang dinyatakan di bawah Seksyen 9(1) APA 2012. 

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nazri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno nyata kecewa dengan keputusan itu.

"Saya amat  berdukacita denga berita ini dan sangat terganggu dengannya, alasan yang diberikan adalah dari segi keselamatan dan terdapat beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang menghalang dialog ini.

"Saya hairan bila masa pula daerah ini jadi negara polis? Saya merupakan ahli Parlimen tempat ni, tak kan lah saya nak buat perkara tidak diingini?" katanya lagi.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di kawasan kompleks beli-belah Maju Junction bersama suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Kementerian Kewangan, Tan Sri Clifford Francis Herbert berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi reaksi biasa semasa diberitahu tentang kerugian kira-kira RM30 bilion dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1993.
  • KULIM - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan pihak yang menularkan isu gambar Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai sengaja mahu masyarakat menyalahkan kementeriannya.
  • PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan telah mengubah sejarah Malaysia apabila gambar Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.
  • SHAH ALAM - Soalan mengenai sejarah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah bersengketa ketika dahulu mencetuskan suasana yang agak panas dalam Program Nothing To Hide 2.0 hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.