KUALA LUMPUR - Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah bertindak memadam ciapan di laman Twitternya hari ini selepas teruk ‘dibalun’ orang Umno.

Ciapan itu merupakan kenyataannya terhadap dua negara yang tidak suka dilawatinya tetapi terpaksa dilakukan atas sebab tugasan rasmi kerajaan.

“Ada yang balun (bukan kritik. Kalau kritik, itu baik) saya atas alasan ada kenyataan/tweet sy tak profesional dan sebagainya. Majoriti yang balun ini daripada Umno,” tulisnya, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Reezal Merican selar Saifuddin tak profesional]

Selepas memuat naik kenyataan itu, bekas Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyelar sikap tidak profesional Saifuddin itu.

Katanya, ia amat mengejutkan memandangkan kenyataan berkenaan dibuat oleh seorang individu yang menerajui Kementerian Luar Negeri.