SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan penyatuan Pas dan Umno bukan cara untuk menyelesaikan masalah perpecahan kaum Melayu seperti yang didakwa segelintir pihak. 

Menurutnya, perbezaan parti politik yang menjadi amalan rakyat tidak memberi impak kepada perpecahan kaum khususnya orang Melayu serta bangsa Malaysia.
 
Beliau berkata, amalan demokrasi yang memberikan pilihan kepada rakyat memilih parti politik di negara ini bukan penyumbang kepada perpecahan kaum. 

"Dalam soal penyatuan orang Melayu kenapa perlu bangkitkan isu penyatuan politik, dalam demokrasi berbeza parti bukan bermakna perpecahan.

"Cuma kita kena pandai kempenlah, yang ini pandai (dia) menang, yang seorang ini pula tak pandai, tak menang, terima sajalah, ini hakikat demokrasi," ujar beliau. 

Namun katanya, jika perkara membabitkan soal perpaduan dan penyatuan orang Melayu ini diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak, maka pihak itu harus ditentang sekeras-kerasnya. 

"Tetapi kalau ada tokoh politik yang hendak memecah-belahkan, itu bab lain, kita akan tentang habis-habisan," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-20 yang berjudul Pasca PRU13: Ke Mana Haluan Politik Melayu di sini, semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pas menggesa satu Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi mengkaji tragedi Memali.
  • KOTA BHARU - Gerakan Tekad Kelantan kesal dengan tindakan penganjur Nothing to Hide 2.0 menuding jari dan memfitnah parti Umno sebagai dalang kepada insiden yang berlaku tempoh hari.
  • SHAH ALAM - Pendirian Pas tegas bahawa isu hutang dan aliran wang 1MDB ini adalah suatu yang mesti disiasat secara telus dan menyeluruh bagi menghukum semua individu atau pihak yang disabit salah.
  • SHAH ALAM - Pusat Penyelidikan Pas (PPP) mengingatkan semua pihak termasuk individu dalam bidang perundangan tidak membuat sebarang keputusan yang boleh mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.
  • KUALA LIPIS - Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa terharu dan gembira kerana dapat datang ke daerah Lipis yang jugs merupakan tempat kelahirannya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.