KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 sen kepada RM2.01 dan RM2.29 seliter, berkuat kuasa esok hingga 17 Mei.

Harga diesel turun sebanyak 13 sen kepada RM1.95 seliter.

Dalam bentuk infografik, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam laman sesawang menyebut harga baharu mingguan itu berkuat kuasa pada jam 12.01 tengah malam ini.  

Pada minggu sebelum ini iaitu Khamis lepas hingga hari ini, harga runcit mingguan bagi petrol RON95 ialah RM2.11 seliter, RON97 (RM2.39) dan diesel (RM2.08) seliter. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 turun tujuh sen berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini bagi tempoh 22 hingga 28 Jun ini, manakala harga diesel kekal seperti minggu lepas.
  • SHAH ALAM - Mesyuarat antara Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Non-OPEC yang diadakan di Vienna mencapai satu lagi peristiwa penting dalam usaha untuk menstabilkan harga minyak global.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.