KOTA BHARU - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM9.7 juta kepada 46 institusi pondok dan sekolah agama rakyat di negeri ini bagi tujuan pembangunan dan infrastruktur institusi tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, peruntukan itu susulan selepas penyampaian RM50 juta peruntukan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kelantan adalah negeri paling banyak terima peruntukan tersebut kerana kita mempunyai banyak institusi pondok dan sekolah agama, berbanding negeri lain.

“Untuk kali ini, setiap institusi pondok akan terima lebih RM200,000 untuk digunakan sebagai pembangunan termasuklah memperkemaskan lagi segala aspek diperlukan terutama keselamatan di institusi tersebut,” katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut, di sini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), Datuk Makhtar Mustapa.

Beliau berkata, peruntukan itu adalah sebahagian daripada hasrat perdana menteri untuk memperkasakan lagi institusi pondok dan tahfiz, sekali gus melahirkan lebih ramai tahfiz serta hufaz yang berorientasikan profesional di negara ini.

Malah katanya, kerajaan mengunjurkan pada 2050, Malaysia akan memiliki lebih 135,000 hufaz yang berjaya dalam pelbagai bidang untuk membawa nama negara ke peringkat lebih tinggi.

“Melalui sumbangan ini juga jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat tidak mengira ideologi, umur dan fahaman politik. Ia melibatkan Islam dan ini adalah agenda bersama. 

"Perkara ini sudah termaktub dalam perlembagaan. Kita boleh berbeza pandangan, tetapi dalam kepentingan untuk agama Islam, kita wajib bersatu dan bermuafakat.

“Saya harap institusi yang menerima bantuan ini akan guna peruntukan sebaik mungkin untuk memperkemaskan lagi institusi pondok dan sekolah mereka bagi memudahkan lagi aktiviti pendidikan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Seseorang ketua menteri atau menteri besar yang mahu melawat sekolah perlu mendapat kebenaran daripada menteri pendidikan terlebih dahulu, kata Pengarah Pendidikan Pulau Pinang Shaari Osman.
  • KUALA NERANG - Tindakan pentadbir sebuah sekolah rendah yang mengasingkan gelas minuman untuk pelajar Islam dan bukan Islam dilihat tidak bertepatan serta bersesuaian dengan peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan sedia ada.
  • GEORGETOWN - Kerajaan Persekutuan dituntut memberi penjelasan berhubung sekatan peruntukan kepada Sekolah Kanak-kanak Terencat Akal Pulau Pinang, Jalan Dato Keramat, di sini, sejak Mei tahun lalu.
  • KUCHING - Keputusan untuk menggabungkan sekolah-sekolah kurang murid masih perlu mendapat persetujuan ibu bapa pelajar, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.
  • PUTRAJAYA - Kerajaan mula mengagihkan peruntukan khas RM25 juta kepada 157 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kategori sekolah kerajaan bermula bulan ini bagi membantu sekolah terbabit melaksanakan proses penambahbaikan dan penyelenggaraan infrastruktur.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.