SHAH ALAM - Berikutan laporan berita mengatakan jumlah rakyat tempatan merantau mencari kerja di Singapura semakin meningkat akibat kejatuhan nilai ringgit, rata-rata netizen berikan penjelasan mereka.

Kebanyakan mereka berpendapat terpaksa berbuat demikian demi kelangsungan hidup tatkala di zaman ekonomi yang tidak tentu kini.

Seorang pengguna Facebook, Wan Nurul Ezzah Rhazaki berkata, suaminya berulang alik setiap hari dari Malaysia ke Singapura kerana tidak mudah untuk mendapatkan pekerjaan di tanah air.

"Suami saya setiap hari pergi kerja awal pagi dan balik malam namun ia terpaksa dilakukan memandangkan untuk mencari pekerjaan di Malaysia ini tidak semudah yang disangka," tulisnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ringgit jatuh: Ramai cari kerja di Singapura]

Bagi Anua Othman pula, dia mendakwa tujuan utama rakyat negara ini berhijrah ke negara seberang kerana ingin mencari rezeki bagi menanggung kos sara hidup yang semakin tinggi.

"Kita kerja di sana kerana untuk hidup, banyak bil kena bayar seperti utiliti dan cukai, itu semua perlukan duit," tulisnya pula.

Pengguna Facebook, CT Anis Hassan mendakwa pilihan merantau ini terpaksa dilakukan untuk 'survive' dalam keadaan sekarang.

"Pilihan terbaik yang harus diambil untuk 'selamatkan' diri adalah dengan merantau, lihatlah rakyat Malaysia sendiri tidak boleh selamatkan negara lagi sedangkan 'mereka' di atas masih lagi boleh tidur dengan lena," tulisnya.

Sementara itu, Mohd Khalid Bohari mendakwa kadar pertukaran mata wang di antara Malaysia dan Singapura membuatkan ramai yang berhijrah ke sana.

"Ya, ramai yang ingin kerja di sana (Singapura) kerja tukang cuci pun gaji 1,000 dolar, tukar mata wang sini dah berapa?" tulisnya pula.

Bagaimanapun, ada juga pengguna yang mendakwa ini hanyalah berita 'fitnah'  dan hanya membuatkan orang ramai panik.

"No (tidak) ini berita fitnah, ekonomi Malaysia sedang berkembang pesat, tak kan lah mereka ingin bekerja di sana?," tulis Khairol Anuar.

"Semua ini fitnah, Perdana Menteri kata ekonomi semakin meningkat, orang tidak perlu panik dengan khabar angin," tulis Jay Firdaus pula.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Penganalisis ekonomi berpandangan keadaan ekonomi Malaysia kini, pada realitinya masih berada dalam keadaan baik walaupun nilai Ringgit kini dilihat makin 'tidak sihat'.
  • KUALA LUMPUR - Kejatuhan nilai ringgit secara berterusan tanpa dibendung akan memberi tekanan kepada kehidupan rakyat.
  • SHAH ALAM - Bursa tempatan, Bursa Malaysia menerima kesan seiring dengan pasaran global yang bertindak balas secara negatif terhadap keputusan United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah (EU) Brexit dengan lebih 700 kaunter mencatat kerugian, kata peniaga seperti dipetik oleh BNBBC.
  • KUALA LUMPUR - Kemunculan pakar ekonomi 'segera' dalam media sosial yang mengaitkan kejatuhan nilai ringgit dengan situasi politik semasa telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat, menurut seorang ahli akademik.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.