ISU rasuah dan penyelewengan kini dilihat semakin banyak berlaku di negara ini.

Sama ada kes rasuah melibatkan orang biasa ataupun individu yang berkepentingan, ia sudah menjadi biasa kedengaran melalui media massa.

Bagi mengupas lebih mendalam mengenai isu ini, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah membawakan anda Wacana Sinar Harian Siri ke-46 dengan membawa tajuk "Rasuah & Penyelewengan: Di Mana Maruah Kita?"

Wacana kali ini membariskan panelis terkemuka, Datuk Dr Anis Yusal (Presiden Institut Integriti Malaysia), Datuk Akhbar Satar (Presiden Transparency International Malaysia) dan Ustaz Nor Azamir Alias (Timbalan Mufti Negeri Sembilan).

Wacana akan dikendalikan oleh Nazri Kahar (Astro Awani).

Program yang berlangsung di Dewan Karangkraf, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, ini akan bermula pada jam jam 2.45 petang ini hingga 5.00 petang.

Lintas langsung ini juga boleh ditonton di www.sinar.tv dan Twitter SinarOnline atau menerusi www.sinarharian.com.my.

Ikuti laporan langsung Wacana Sinar Harian:

3.15pm: Moderator: Terima kasih pengerusi majlis, bertemu lagi kita dalam wacana Sinar Harian siri ke-46.  Kebelakangan ini kita melihat banyak kes rasuah mula dikenakan tindakan? Adakah ini satu langkah yang positif oleh SPRM?

Dr Anis: Dalam rasuah ada pecahan, bukan hanya dalam bentuk wang, seks juga merupakan rasuah. Kita kena mengaku kita ada masalah. Yang penting persepsi orang luar terhadap negara kita.  Pada masa kini keadaan kritikal rasuah kini, kita harus mulakan di rumah. Kita yang perlu ubah persepsi rasuah kini.  Skor kita tidak pernah naik sejak 12 tahun. Lebih parah berita setiap hari ada rasuah. Saya harap yang ditangkap dijatuhkan hukuman.

3.30pm: Moderator: Di mana tahap kita sekarang dalam rasuah?

Akhbar: Sering kali lihat berita orang ditangkap saban hari. Banyak orang kata ia hanya persepsi tapi apa saya takut adalah realiti. Rasuah negara kita teruk dua faktor, kekuatan agensi SPRM, satu lagi strong political will, itu kita tidak ada. Orang politik tiada perkara itu sebab mereka pun ada terlibat dengan rasuah.

Perkara ini terjadi, semua isu integriti. Dari kecil hingga kini kita lebih materialistik, Ini masalah besar dalam negara. Jika kita tahu ada orang bawahan terlibat rasuah kita lapor tapi jika atasan tidak lapor. Kita kurang negarawan, lebih pada ahli politik yang lebih pentingkan PRU14, negarawan lebih pentingkan negara, bantu rakyat.

3.38pm: Moderator: Bagaimana kita mahu menyalurkan ilmu berkaitan moral dan sebagainya kepada masyarakat?

Nor Azamir: Penyelewengan ini dianggap sebagai khianat, dosa besar. Tapi ia tak bermakna kepada orang yang tiada hati besar. Rasuah adalah sesuatu yang mampu menjejaskan maruah. Manusia boleh jadi sesiapa, rasul pun boleh. Manusia juga boleh jadi seperti binatang dan boleh jadi juga tinggi martabatnya.

Soal iman adalah persoalan besar. Perlu ditanya di mana ALLAH dalam hati orang yang rasuah? Pendidikan kita menjurus kepada material dan bukannya menitikberatkan soal akhlak.

3.50pm: Moderator: Kalau ibu bapa tidak mendidik anak rasuah, adakah sukar jika mahu didik anak anak?

Dr Anis: Anak dalam rahim ALLAH jadikan hati dulu, tapi bila keluar ibu bapa fokus pendidikan tapi hati jadi kecil, ini masalahnya. Kita perlu kepada isu pendidikan bukan hanya di sekolah tapi rumah. Kaedah mendidik dalam rasuah harus dipelbagaikan. Kajian menujukan matlamat hidup dan contoh orang salah menunjukkan orang itu terikut rasuah. Kalau agama tak disemai kita khuatir makin ramai akan terpalit rasuah. Maruah negara kita siapa perlu jaga? Kitalah.

4.03pm: Moderator: Pegawai tinggi mahu pun tidak, agamawan atau tidak, yang makan rasuah tetap makan rasuah, jadi pendapat ustaz?

Nor Azamil: Agamawan atau tidak, dia tetap manusia. Manusia ada hati, ada motivasi, ada niat dan apa sahaja boleh berlaku.

Akhbar: Dalam kajian kita pandangan orang ramai, orang agama turut terlibat. Ini masalah besar di Malaysia rasuah.

Nor Azamil: Mungkin ada ahli politik rasuah, tapi bukan semua. Hanya sebahagian yang lari dari perjuangan politik.

4.13pm:

Akhbar: Tiada perkataan integriti, hanya level sahaja. Dari segi rasuah, ikut tahap, ada orang ambil 20, ada 100ribu ada 100juta. Itu beza. Hari ini kita boleh kata kita tidak terlibat rasuah, tapi akan datang kita tidak tahu.

4.15pm: Moderator: Bagaimana nak panggil orang ramai bantu perangi rasuah.

Dr Anis: Medium media sosial sangat penting. Ajaran dari kecil, ajaran ayah saya iaitu patah balik bayar duit dia lupa. Semaian sejak kecil pendidikan tanpa sedar. Di Jepun, kasut pelajar mahal disimpan di rak, petang masih ada lagi. Hari ini ramai orang ada masalah mental. Kajian terkini 1 daripada 3 lelaki Malaysia ada masalah mental.

4.30pm: Moderator: Integriti orang lakukan rasuah, mengapa mereka berani lakukannya?

Akhbar: Kajian dibuat SPRM, banyak di antaranya di bawah umur 40, krisis anak-anak muda. SPRM kata dalam tempoh 6 bulan, RM300juta disita, kita semakin berani dan tidak takut hukuman. Hukuman patut diberatkan lagi, bukan kurangkan. Dari segi rasuah, ia tak teruk. Ini tidak adil buat orang tiada kuasa.

Nor Azamil: Orang zaman sekarang hanya fikir mahu senang. Senang nak makan, mandi dan  paling penting, 'senang' nak tidur. Kita perlu kembali kepada urusan agama. Kembali kepada ALLAH.

4.45pm: Moderator: Media dapat akses maklumat mengenai isu rasuah, kekuatan media ada hadnya, pandangan?

Akhbar: Media di luar negara lebih pada investigative journalist, mereka dapat maklumat, sumber bagus, dapat maklumat bocor. Sudah tiba masa hormat wartawan. Beri kebenaran bukan paksa beri berita tidak betul, ini sebabkan orang tak percaya. Media sosial juga perlu berobjektif. Kini mereka takut beri maklumat sebab takut didakwa, harus berfikiran di luar kotak.

Harap lepas PRU, siapa memerintah hormatlah media, beri kebebasan pada mereka asalkan tak bahayakan negara. Minta PM isytihar harta pada SPRM, IGP, ketua hakim negara. jika ini terjadi, rakyat lebih percaya.

Dr Anis: Kita perlu mainkan peranan, untuk menangani isu ini. Semua orang perlu pedulikan mengenai isu rasuah ini.

Wacana tamat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Wacana Sinar Harian siri ke-48, Pakatan Harapan vs Barisan Nasional, Mari Kita Nilai yang berlangsung hari ini, dijangka menjadi tumpuan ramai bukan sahaja rakyat secara umum, malah mereka yang terlibat secara langsung dalam politik.
  • SHAH ALAM - Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar menyifatkan bahawa penyebab utama berlakunya rasuah dalam negara ini adalah kerana ketiadaan integriti.
  • SHAH ALAM - Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar mencadangkan agar kepimpinan tertinggi negara mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • SHAH ALAM - Pelaku rasuah yang ditangkap perlu dijatuhkan hukuman, setimpal dengan salah laku yang mereka lakukan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.