KUALA LUMPUR - Rampasan kuasa di Mesir, yang menyaksikan Presiden Mohamed Morsi diguling, adalah satu tindakan lapuk dan terkebelakang dalam landskap politik dunia hari ini, kata Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Mohamad Raimi Ab Rahman.

Mohamad Raimi dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan itu tidak menjamin kestabilan Mesir untuk tempoh jangka panjang.

"Morsi seharusnya diberi peluang untuk memimpin Mesir dalam tempoh sekurang-kurangnya satu penggal sehingga pilihan raya akan datang bagi menstabilkan kerajaan pimpinannya.

"Rampasan kuasa ini secara langsung menafikan keinginan rakyat Mesir untuk menentukan masa depan mereka sendiri sebagaimana yang dilaungkan sejak 2011 dan kemudian diterjemah melalui proses pilihan raya," katanya.

ABIM turut meminta pelajar Malaysia di Mesir agar sentiasa berwaspada serta peka terhadap perkembangan semasa.

Pada masa sama, Abim meminta Wisma Putra menyalurkan maklumat serta perkembangan terkini berkaitan situasi di Mesir. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengambil tindakan mengupah pengawal keselamatan bagi mengawal asrama pelajarnya di Mesir susulan kejadian ceroboh dan samun di asrama itu dua hari lepas.
  • KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Malasysia (DPPM) akan meneruskan usaha melobi pihak antarabangsa untuk bersama-sama memberi tekanan kepada rejim Mesir yang menindas rakyat negara itu.
  • SHAH ALAM - Ketika semua perhatian dunia tertumpu pada kemelut melanda Mesir, pelbagai gesaan timbul supaya perdana menteri Malaysia menyatakan bantahan rasmi negara terhadap kekejaman di negara Islam itu.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan semua rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan baik dan selamat walaupun situasi keselamatan semasa di negara itu merosot.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia telah memindahkan seramai 3,300 pelajar tajaannya di Mesir ke tempat selamat bagi memastikan keselamatan mereka terjamin, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.