SHAH ALAM - Akibat terpaksa menjelaskan pelbagai bil, pinjaman dan cukai, rakyat Malaysia sememangnya tidak mempunyai wang berbaki untuk buat simpanan.

"Walaupun kajian Jabatan Perangkaan mendapati pendapatan isi rumah bulanan purata bagi negara ini meningkat 6.2 peratus kepada RM6,958 pada 2016 daripada RM6,141 pada 2014.

"Tetapi jumlah perbelanjaan isu rumah bulanan purata turut meningkat daripada RM3,578 pada 2014 kepada RM4,033 pada 2016, naik sebanyak enam peratus," kata Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group, Datuk Chua Tia Guan.

Menurutnya, bagi golongan rendah dan pertengahan, sudah tentu amat sukar menabung dengan pendapatan kecil, lebih-lebih lagi untuk menandingi kos sara hidup yang semakin hari semakin tinggi.

"Kebanyakan rakyat di negara ini berbelanja melebihi pendapatan. Mereka hanya mampu mengawal perbelanjaan untuk kegunaan tempoh yang singkat, maka sebab itulah tidak mempunyai wang lebih bagi tujuan simpanan," kata pakar ekonomi ini kepada China Press.

Bagi memperoleh pendapatan yang lebih tinggi, Tian Guan mencadangkan golongan pekerja perlu berusaha dengan lebih gigih, termasuk meningkatkan skil kemahiran, ilmu pengetahuan dan mengubah sikap cara kerja.

"Peranan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti rakyat juga penting kerana apabila ia berlaku, sekali gus akan menambahkan pendapatan negara dan secara langsung pendapatan pekerja (rakyat) pun bertambah," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Banjir kilat di Pulau Pinang berikutan hujan lebat lebih 15 jam baru-baru ini, menyebabkan banyak kilang di negeri itu kerugian mencecah sehingga puluhan juta ringgit.
  • SHAH ALAM - Kerajaan diminta bersikap prihatin terhadap masalah peniaga ketika keadaan ekonomi kurang menggalakkan sejak kebelakangan ini.
  • KUALA LUMPUR - Projek pembinaan Signature Tower dengan ketinggian 92 tingkat kini rancak dijalankan di Tun Razak Exchange (TRX), bersebelahan Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dengan purata satu tingkat siap dibina dalam tempoh tiga hari!
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan Taiwan akan berusaha mewujudkan suasana mesra Muslim dalam usaha menarik lebih ramai pelancong Muslim ke negara itu.