KUALA LUMPUR - Kejayaan ke arah mempunyai perkhidmatan‎ pengangkutan awam yang terbaik menjelang Wawasan 2020 hanya boleh dicapai melalui keyakinan bersama oleh semua orang.
 
Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Azmi Abdul Aziz berkata, orang ramai‎ termasuk pemegang saham perlu bersedia untuk melihat pengangkutan awam secara lebih positif dan maju dengan menunjukkan sikap lebih bertanggungjawab.
 
"Kita juga perlu mempersiapkan diri untuk memastikan pengangkutan awam tidak sama seperti apa yang telah dilihat, baru-baru ini.
 
"Sebelum ini, apabila kita bercakap mengenai pengangkutan awam, semua orang berkata ia adalah tanggungjawab kerajaan...ya itu betul, tetapi tidak bermakna kita harus menunggu peruntukan kerajaan bagi memastikan ia terlaksana," katanya pada ceramah bertajuk 'The Rail Challenge - Taking A City From Good To Great' di sini, semalam.
 
Azmi berkata Prasarana juga turut cuba memahami harapan generasi akan datang tentang pengangkutan awam kerana mereka bakal memasuki tenaga kerja. 
    
"Ia adalah fenomena global yang mana harapan mereka selalunya berbeza...Ini adalah beberapa faktor yang kami akan perhalusi lagi agar ia lebih menarik agar pengangkutan awam pada masa depan dapat memenuhi sasaran pasaran," katanya. 
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata sehingga kini, 62 peratus projek pembinaan Mass Rapid Transit (MRT) telah selesai.
 
"Mungkin ada isu-isu tertentu di sana sini ketika pelaksanaannya tetapi ia  mengikut seperti yang dijadualkan," katanya memberi jaminan. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pengguna perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) yang tidak meneruskan perjalanan selepas mengalami kelewatan perkhidmatan LRT dan KL Monorel melebihi 15 minit boleh membuat tuntutan bayaran balik.
  • PELABUHAN KLANG - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan bekerjasama rapat dengan polis untuk meningkatkan tahap keselamatan di semua terminal pengangkutan awamnya termasuk stesen Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas susulan insiden serangan pengganas di Jakarta, Khamis lepas.
  • KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Bhd hari ini mengumumkan struktur tambang baharu yang akan bermula dari 2 Dis, 2015 bagi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) dan monorel.
  • KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana)‎ hari ini memohon maaf atas kesulitan akibat masalah teknikal pada sistem pintu penumpang di Platform 1 bagi laluan Kelana Jaya di Stesen Masjid Jamek di sini hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengkaji semula kadar tambang perkhidmatan tren dibawah kelolaan syarikat itu.