KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan wang tunai bernilai RM100,000 bagi hadiah pertama Peraduan Simpanan Bonanza Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).
Wang tunai tersebut akan dikreditkan terus ke akaun SSPN-i pendeposit bertuah sebagai penambahan deposit dan ianya boleh digunakan untuk tujuan pendidikan tinggi pada masa hadapan, kata PTPTN dalam satu kenyataan di sini,hari ini.
PTPTN berkata peraduan yang dianjurkan bagi mempromosi serta menggalakkan penabungan SSPN-i itu terbuka kepada semua pendeposit sama ada yang membuka akaun baharu mahupun yang membuat penambahan deposit SSPN-i melalui Bank Islam sekurang-kurangnya RM100 sepanjang tempoh promosi.
"Peraduan juga terbahagi kepada dua siri promosi iaitu siri pertama bermula dari 23 Jun hingga 22 September depan manakala siri kedua dari 23 September hingga 23 Disember ini.
"Tarikh cabutan bagi siri pertama pula adalah pada 1 Oktober sementara cabutan bagi siri kedua akan diadakan pada 31 Disember tahun ini," kata kenyataan itu.
Bagaimanapun bagi melayakkan pendeposit menyertai paraduan ini, mereka dikehendaki mengekalkan deposit untuk tempoh 30 hari sehingga tarikh akhir setiap siri cabutan.
Kenyataan juga menyebut pendeposit bertuah di tempat kedua pula akan memenangi wang tunai bernilai RM10,000 manakala bagi tempat ketiga seramai 20 pendeposit akan dipilih untuk menerima RM1,000 setiap seorang.
Maklumat lanjut peraduan simpanan bonanza boleh diperoleh melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my. - Bernama
PTPTN tawar RM100,000 hadiah pertama Peraduan Simpanan Bonanza SSPN-i
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- TPP tiada faedah: Pakar ekonomi
- Sejarah perlu ditulis semula
- Fahaman Syiah: Kerajaan perlu tegas
- Khairul Fahmi teruja bakal bergelar bapa
- TPP: Malaysia boleh tarik diri
- Pakar: GST sudah sesuai dilaksana
- TPP: Apa kerajaan sorok?
- Tidak salah makan kucing
- Bajet 2013: Bonus kakitangan awam ditambah satu bulan
- Kad diskaun bantu rakyat tangani kos sara hidup
- Safee Sali cerai isterinya talak satu
- Pelajar cipta lampu kulit kayu manis
- Agong lancar kampus MSU bernilai RM600 juta
- Bayar zakat melalui potongan gaji online
- Polisi ekonomi negara tekan rakyat
- Mineral Andalusit ditemui di Terengganu
- Pengguna terdedah ancaman siber
- TPP: Kerajaan tidak dedah, hormat perjanjian
- Syiah menular secara senyap di Malaysia
- Zahid: Uniform wajah baru ATM akan diperkenalkan




