KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Berhad hari ini melancarkan peraduan Senang Menang@Pos yang menawarkan sebuah kereta Proton Preve 1.6AT dan lima motosikal Modenas CT110 serta pelbagai hadiah lumayan lain bernilai RM230,000.
   
Peraduan itu juga menyediakan hadiah wang minggu berupa tunai RM13,000 terdiri daripada RM3,000 untuk pemenang utama dan RM500 untuk 20 pemenang bertuah.
   
Ketua Pegawai Operasi Pos Malaysia Berhad Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata peraduan itu terbuka kepada warganegara Malaysia serta warga asing yang mempunyai pasport sah yang berurusan di semua 704 cawangan Pos Malaysia dan 24 Pos Bergerak seluruh negara bermula hari ini sehingga 24 Feb tahun depan.
   
"Pelanggan akan diberi satu borang peraduan yang disahkan oleh kerani kaunter bagi setiap transaksi, dan pelanggan juga boleh menghantar sebanyak mana borang peraduan bagi meningkatkan peluang mereka untuk menang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan peraduan itu ibu pejabat Pos Malaysia di sini.
   
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Operasi Pos Niaga Datuk Mearia Hamzah.
   
Mohd Shukrie berkata pelanggan hanya perlu mengisi butiran peribadi lengkap, memberi jawapan segmen carian perkataan dan melengkapkan slogan kreatif serta melekatkan setem 30sen pada sampul surat sebelum menghantar borang peraduan.

Beliau berkata menerusi peraduan itu Pos Malaysia berharap dapat meningkatkan kesedaran orang awam mengenai lebih 300 perkhidmatan runcit dan kewangan yang disediakan selain mencapai sasaran meningkatkan jumlah transaksi kepada 10 juta sebulan di setiap kaunter perkhidmatan.
   
"Setiap tahun Pos Malaysia mengendalikan lebih daripada 105 juta transaksi meliputi pembelian barangan pos, pembayaran bil, urusan transaksi kewangan, pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu serta pembelian produk insurans," katanya.
   
Beliau berkata maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Malaysia boleh didapati disemua cawangan Pos Malaysia di seluruh negara atau melayari laman web di www.pos.com.my atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PosLine) di talian  1-300-300-300. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa wabak jangkitan Sindrom Pernafasan Virus Korona Timur Tengah (MERS-CoV) membabitkan seorang lelaki yang baru pulang dari mengerjakan umrah diisytiharkan tamat.
  • KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengemukakan permohonan untuk mendapatkan status kedaulatan di Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkannya memperolehi lebih banyak peluang pelaburan di negara tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril​​​​​​​ Ridza Ridzuan.
  • KUALA LUMPUR - Masalah kekurangan tenaga buruh di Cameron Highlands pada ketika ini memerlukan perhatian serius kerajaan.
  • KUALA LUMPUR - Sambutan yang menggalakkan terhadap penganjuran kejohanan catur Grand Asean Chess Challenge (GACC) ke-22, membuktikan sukan ini memiliki pengikutnya yang tersendiri.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia berdiri teguh bersama Arab Saudi dalam semangat perpaduan dan bertekad dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan negara beraja itu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.