KLUANG - Proses ekstradisi warga Iran yang dikehendaki dalam kes serangan bom di Thailand yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin, bergantung pada undang-undang dan permintaan negara berkaitan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa ini, Masoud Sedaghat Zadeh, 31, masih dalam tahanan kita.
“Proses ekstradisi warga Iran itu banyak bergantung kepada undang-undang sedia ada dan permintaan, tetapi apa yang penting dalam tahanan kita sekarang ini.
“Kita juga belum terima apa-apa permintaan (ektradisi) dari Iran tetapi maklumat yang kita terima, Kerajaan Iran menafikan yang mereka terbabit dengan rangkaian pengganas ini,” katanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini.
Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.





