PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan tarikh penting PRK P132 Port Dickson selepas penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah meletakkan jawatan hari ini.

Dalam kenyataannya, SPR berkata, tarikh penting tersebut meliputi tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya dan lain-lain keperluan.

"Tarikh mesyuarat khas berkenaan akan dimaklumkan," katanya.

Menurutnya, SPR menerima notis kekosongan luar jangka itu daripada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, hari ini.

Terdahulu, PKR mengumumkan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: Port Dickson untuk Anwar]