KEMAMAN - Hasrat seorang bidan untuk menggantikan komputer riba baharu buat anak sulungnya tercapai selepas dia menang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M).

Sharifah Najibah Syed Ubaidillah, 31, yang juga ibu tunggal tiga anak berkata, komputer riba Tengku Syafiqah Alyaa Tengku Iskandar, 9, rosak tiga bulan lalu, namun tidak dapat diganti kerana duit diperoleh hasil mengurut orang bersalin digunakan untuk perkara lebih penting termasuk membeli kelengkapan sekolah anak-anaknya.

Katanya, ketiga-tiga anaknya itu di bawah jagaan bapanya di Kuala Terengganu dan dia pulang menjenguk mereka setiap hujung minggu.

“Syukur sangat sebab dapat beli komputer riba baharu untuk anak guna duit PR1M. Sebelum ni anak merengek minta beli baharu, tapi saya tak cukup duit lagi.

"Saya mula sertai PR1M sejak awal 2016 kerana abah, Syed Ubaidillah Syed Mohamad, 56, pembaca setia Sinar Harian. Abah beli setiap hari, jadi kami pun baca  dan tertarik sertai PR1M sebab soalannya mudah," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Berkat kesabaran dan kesungguhan menyertai Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) sejak awal peraduan bermula, nyata berbaloi buat seorang suri rumah apabila terpilih sebagai pemenang bagi siri 5.9.2016.
  • RAUB - Seorang pesara tidak menyangka usahanya menyertai Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) sejak 10 bulan lalu akhirnya membuahkan hasil.
  • SUNGAI BULOH - Tuah berganda datang bergolek kepada seorang pegawai polis kerana selain baru dikurniakan cahaya mata dua bulan lalu, kini dia terpilih sebagai pemenang Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) pula.
  • BATU PAHAT - “Saya dah tergerak hati akan dapat duit dalam Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M) pada bulan ini...sebab itulah saya hantar banyak berbanding selalu,” katanya pemenang PR1M, Zainab Paiman, 59.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.