KUALA LUMPUR - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merangkumi tempoh 2013 hingga 2015 akan berjaya dicapai jika semua pihak memberikan komitmen dan dedikasi yang tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pelan yang merangkumi visi sistem pendidikan itu akan memenuhi aspirasi semua pihak termasuk pelajar, tenaga pengajar, ibu bapa dan negara.

"Komitmen dan dedikasi kita bersama akan menunjang kejayaan Pelan Pembangunan Pendidikan ini," menurutnya dalam laman Facebook beliau hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan PPPM yang merupakan manifestasi transformasi kerajaan paling menyeluruh dan paling besar dalam mendatangkan pulangan terbaik modal insan untuk memacu segala hasrat pembangunan negara.

Pelan itu dihasilkan demi masa depan anak-anak Malaysia yang merupakan harta yang tidak ternilai bagi bumi tercinta ini kerana di tangan merekalah kemajuan negara akan dipertaruhkan. - BERNAMA

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Rakyat berperanan dalam menjamin keselamatan negara dengan memastikan mereka tidak terpengaruh dengan fahaman militan dan eksremis yang bukan sahaja boleh menggugat keselamatan malah kesejahteraan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak umat Islam supaya terus mengamalkan sifat sabar dalam mengharungi sebarang dugaan walaupun telah menghampiri penghujung bulan Ramadan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.