KUALA LUMPUR - Polis melakukan operasi pencarian di kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kondominium mewah di Jalan Raja Chulan, di sini, malam ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika mengesahkan perkara itu.

“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa kami sedang membuat serbuan di sini, sebarang perkembangan akan diberitahu kemudian,” katanya.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.

Selasa lepas, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menjangka pertuduhan akan dikenakan terhadap Najib susulan penyiasatan terhadap dakwaan bahawa bekas perdana menteri itu menyeleweng beratus juta dolar Amerika daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - Bernama