AUTA

Kejadian pintu kaca cawangan Tabung Haji (TH) di Seriab, Kangar pecah kerana dibaling batu setelah pendeposit tidak berpuas hati dengan tindakan Tabung Haji membeli tanah Tun Razak Exchange (TRX) dari 1MDB. Kebanyakan berkata, perbuatan itu dilakukan individu yang tidak bertanggungjawab, namun ada yang mengecam tindakan individu tersebut dan tidak kurang yang menyatakan ‘padan muka’ terhadap TH.


FAKTA

Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, Superintendan Abdul Rahman Noordin berkata, kejadian itu tiada sebarang unsur sabotaj ataupun khianat selepas pintu berkenaan pecah sendiri ketika pegawai TH mahu menutupnya petang kelmarin.

Katanya, perkara itu disahkan pegawai TH. “Saya dah periksa dengan Tabung Haji, pintu itu pecah sendiri masa nak tutup oleh pegawainya. Tiada unsur khianat, disahkan oleh pegawai Tabung Haji. Saya harap jangan ada spekulasi yang bukan-bukan,” katanya. Tinjauan di pekarangan premis TH mendapati pintu kaca itu diganti kelmarin dan beroperasi seperti biasa semalam.