ADA pihak tidak bertanggungjawab telah mewujudkan akaun Facebook palsu menggunakan nama Sinar Harian Online dan menggunakan masthead Sinar Harian.

Tujuan Facebook palsu ini dipercayai untuk mengelirukan pembaca kononnya berita yang disiarkan adalah daripada Sinar Harian.

Sinar Harian telah membuat laporan dan meminta Facebook untuk memadam akaun palsu terbabit bagi mengelakkan dikaitkan dengan laporan-laporan tidak bertanggungjawab dan tidak beretika.

Diharap pembaca Sinar Harian tidak tertipu dengan akaun palsu ini dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini menerusi Facebook rasmi Sinar Harian.

- Editor Eksekutif Sinar Harian