SHAH ALAM – Pertemuan di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald J Trump menunjukkan penghormatan yang tinggi negara itu terhadap Malaysia.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia ditambah kehadiran Najib adalah atas jemputan Trump.

“Pertemuan empat mata antara Trump dengan Najib membuka pembohongan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta pembangkang yang satu ketika dulu mengatakan Najib akan ditangkap jika ke AS.

“Kata beliau, pesawat pun tidak akan dibenarkan melalui ruang udara AS,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ismail sabri berkata, tidak hanya Najib dan perwakilan Malaysia disambut baik ketika berada di sana, tetapi isu berkaitan Jabatan Kehakiman AS (DOJ) juga nampaknya tidak menjadi isu seperti yang digembar-gemburkan oleh Dr Mahathir dan pihak pembangkang selama ini.

“Maka jelaslah, selama ini isu yang ditimbulkan pembangkang merupakan pembohongan besar kepada rakyat dan fitnah semata-mata,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan mesra Najib - Trump di Rumah Putih]

Terdahulu, Najib dan  Trump mengadakan perbincangan dua hala dengan menteri-menteri dan pegawai kanan masing-masing sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Oval.

Kunjungan Najib ke Rumah Putih atas jemputan Presiden Trump, berlangsung lebih sejam.

Pegawai yang berada di Rumah Putih berkata, Trump mengiringi Najib hingga ke pintu untuk mengucapkan selamat jalan, di luar kelaziman beliau yang hanya menghantar pemimpin berkunjung ke pejabat beliau, setakat di lantai utama.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak memuat naik sekeping gambar beliau bersama cucunya, Adam Razak.
  • KUALA LUMPUR - Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hanya masalah teknikal sahaja, demikian menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
  • SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak terus bergurau di laman twitternya dengan memuat naik status yang dilihat seakan-akan sindiran buat PKR.
  • TEMERLOH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini merasmikan Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM)2017 di Dataran Temerloh, di sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.